Saturday, 27 December 2014

jom berhijab ❤

"Perlu ke tutup aurat ni? Panas! Panas! Pakai kerongsang sini sana. Lilit leher kepala. Pakai anak tudung.  Rimas la" terus mencampakkan tudung yang diletakkan diatas kepala ke atas sofa.
"Ianya panas dunia sayang". Izhar mencium lembut umbun-umbun isterinya. Cukup keras hati seorang isteri untuk melakukan penghijrahan.
Zara hanya menghantar izan dengan pandangan kosong ke muka pintu. Bukan niat untuk meninggikan suara. Tetapi dia sendiri tak tahu. Kenapa boleh terlepas cakap macam ni. Hm
Zara memandang sekilas shawl yang dibeli oleh Izan dan terus mengangkat pinggan sarapannya kedapur.
................................
Twwwwit twwiiit...
"Sayang malam ni kita diner dekat luar ya. Lepas maghrib abang ambik zara"
Tersenyum zara membaca whatsApp kiriman Izan. Kebetulan malas sangat nak masak malam ni. Alang-alang abang Izan dah ajak. Zara on je. Tersengeh hingga ke telinga.
Jam didinding menunjukkan pukul 7.15. Langit diluar makin lama makin gelap.
Zara membuka tombol bilik dan mencapai tuala untuk menyiapkan diri.
.................................
Hampir sejam setengah zara menunggu.
Deruman enjin kereta Izan mula kedengaran. Zara terus meluru keluar dan mengunci pintu rumahnya.
Tersenyum izan taktala memandang si isteri. Seperti biasa zara menghulurkan tangan.
Izan terus mencium umbun-umbun zara.
"Wanginyaa dia" mmmm
Pantang dipuji sengeh macam kerang busuk.
.................................
Lagu yang cukup mendamaikan. Lagu yang cukup mengamit emosi.
Suasana di zenith cukup membuai dua perasaan yang sedang menjamah selera.
Izan memandang Zara dengan senyuman.
"Happy anniversary my love"
Zara ternganga. Dia betul-betul lupa tentang hari ulangtahun mereka. Walaupun acuh tak acuh Zara sofiya mengambil tahu tarikh ulangtahun mereka.
Izan terus tetap tersenyum. Walaupun hatinya sedikit terguris.
"Abang,  Zara..." Belum sempat zara menghabiskan kata-katanya. Jari izan sudah berada dibibir munggil zara.
"Abang tak kisah. Janji zara ada sentiasa dengan abang. Abang dah bersyukur sangat sayang"
Zara terus mengucup tangan Izan.
"Zara bukak la hadiah tu" Izan memandang hadiah yang diberi.Memberi peluang kepada Zara membukanya. Tangan runcing Zara giat membuka bungkusan hadiah. Tetapi senyumannya mati.
Pelbagai cara yang dibuat oleh Izan. Entah kali yang keberapa Izan berusaha untuk membantu membuka pintu hati isterinya untuk berubah.
Zara terus menutup bekas yang diberi oleh izan dan terus bangun meluru keluar hotel zenith. Selera makan mati begitu saje.
Izan menyeka air mata. Runtuh perasaannya dan egonya sangat-sangat tercalar.
SubhanAllah. Masih ada jalan buatNya. Masih ada cara untuk dia membimbing si isteri menuju kejalanNya.
................................
Jam menunjukkan pukul 4.00 pagi.
Suasana sepi. Hanya lampu tidur yang menemani mereka.
Tangan zara ingin memegang lengan suaminya.
Tetapi kosong. Hanya bantal peluk yang ada. Mana abang? Keluhan dibibir.
Zara berfikir sejenak. Berdosanya aku. Sudah 3 tahun setengah Izan bertahan dengan perkahwinan aturan keluarga.
Mungkin bagi mereka 3 tahun tu baru. Tapi bagi Zara ianya cukup lama.
Bermacam cara abang buat. Macam-macam usaha abang. Tapi aku hanya memandang dengan sinis. Berusaha dia mencintai aku. Tetapi aku hanya balas ala kadar sahaja. Aku hanya balas nak tak nak saje. YaAllah. Ampunkan aku YaAllah. Abang. Maafkan Zara.
Zara terus meluru keluar bilik. Bilik dihadapannya ada nyalaan lampu. Mungkin abang ada disitu. Desis hatinya. Zara menolak perlahan.
Terdengar esakan suaminya. Terdengar rintihan suaminya.
Terdengar alunan zikir suaminya.
Betapa berdosanya aku selama ni. Betapa berdosanya aku dalam mengerjakan ibadat sebagai seorang isteri.
YaAllah YaTuhanku.
Zara menutup kembali pintu.
Terus meluru kebiliknya dan membaringkan kepala diatas katil. Sakit kepalanya tiba-tiba datang.
Lelap dalam kegelapan kamar.
Lelap dalam kegusaran hati.
.............................
Flight ticket ditangan. Pukul 10 pagi kemasukan Izan untuk berangkat ke Jakarta. Mungkin ini la, jalan yg terbaik. Jalan yang terbaik untuk dia dan Zara.
Zara bagun menggeliat. Sinar matahari mengecilkan matanya.
Sunyi. Abang dah pergi kerja ke? Tapi hari ni hari sabtu. Biasanya abang cuti.
Berdetak jantungnya. Abang marah aku ke?
Disisi zara terdapat sekeping surat.
Dear my honey,
Bila Zara bagun. Mungkin abang dah tak ada disisi Zara. Abang beri Zara masa. Mungkin selama ni cinta dan kasih yang abang beri tidak cukup buat Zara. Mungkin abang tak pandai untuk mendidik Zara menuju ke jalanNya. Abang masih bersabar, tetapi kali ni. Abang bagi Zara sendiri peluang untuk berfikir. Mana yang baik dan mana yang buruk. Zara dah besar. Dah jadi isteri orang. Mungkin Zara perlukan ruang. Kalau Zara yakin dengan abang kalau Zara sayangkan abang, zara tunggu la abang balik.
Abang mintak maaf Nurul Zararina Sofiya.
Mengalir air mata Zara. Cukup berdosa dia dengan suamiNya. Cukup berdosa dia dengan Pencipta.
LailahaillAllah. Meraut serautnya wajah.
....................................
Bukan tidak pandai solat. Tetapi begitu liat untuk menunaikanNya. Bukan tidak mahu berhijab tetapi hatiNya cukup lambat untuk melakukan penghijrahan.
Sudah masuk hari kelima abang tak balik. Telefon tak dapat. Mana abang pergi selama ni? Jam didinding menunjukkan pukul 10 pagi. Hanya memandang kosong pada screen tv yang terbuka, siaran oasis dibuka. Zikirullah memecahkan kesunyian didalam rumah.
LailahaillAllah LailahaillAllah LailahaillAllah LailahaillAllah
Lagu Maher Zain berbunyi dicorong televisyen. Zara terus mengangkat punggung untuk kebilik air mengambil wudhu. Menunaikan dhuha.
Sudah lama dia berhenti kerja. Atas permintaan Izan dia mengakur kan segala-galanya. Walaupun perit baginya dulu. Baru kini dia tahu. Betapa sayangnya dia dekat Izan. Betapa peritnya pula Merindukan si suami yang pergi entah kemana. Gusar hatinya.
Menagis ditikar sejadah. Sambil mendakap senaskah Al-Quran. Itu la pemberian set lengkap oleh Izan pada hari ulangtahun mereka.
"YaRab, ampunkan la aku.
Bukakan lah pintu taubatMu Buat ku.
Aku dahagakan keampunan dariMu.
Aku mencintaiMu YaAllah.
Aku lalai dalam melakukan suruhanMu. Berilah daku sinar hidayhMu.
Abang, Zara mintak ampun abang. zara rindukan abang. Zara banyak buat silap. Abang balik la. Zara perlukan abang untuk bimbing Zara. Zara nak jadi bidadari syurga abang" Teresak-esak Zara menagis ditikar sejadah.
Selama seminggu Zara hanya terperap dirumah. Hanya kehulu dan kehilir pergi kerumah mama. Mengikuti mama tazkirah. Mama la yang sentiasa menjadi penasihat tegar Zara Sofiya.
"Tak susah pun kalau nak berubah sayang. Senang je. Cuma kita perlu berubah kerana Allah S.W.T bukan sebab manusia. Bukan sebab abang yang suruh" Izan menyeka air mata isterinya. Mencium dahi. Izan memegang dagu Zara untuk memandangnya. Memandang tepat pada anak mata. Indahnya ciptaanMu YaAllah.
Tiada apa yang diungkapkan. Hanya linangan air mata. Hanya meminta keampunan diatas dosa dosa yang telah dilakukan. Zara mendakap erat. Zara mendakap erat seperti tidak mahu melepaskan pelukan.
"Kalau sayang abang, stop crying. Tak comel la macam ni. Abang kan dah ada. Abang sayang zara. Sayang bidadari syurga abang"
Merah biji mata Zara. Izan mengambil naskah terjemahan Al-Quran yang dipegang dan meletakkan diatas meja. Tersenyum melihat Zara yang baru. Izan Mengangkat si isteri agar duduk birai katil. Menarik kerusi solek dan duduk menghadap seseorang yang bergitu dirindui.
Lama ditenung. "Abang jangan tinggal Zara. Zara tak sanggup" zara memegang erat tangan Izan. Cuba mengumpulkan kekuatan.
.................................
"Zara. Bagun sayang. Bagun" mengulas ulas lembut pipi Nurul Zararina Sofiya. Mencium pipi dahi dan kelopak mata.
"Zara sudi nak jadi bidadari syurga abang?" Sengaja dibisikkan ketelinga Zara. Zara terus memeluk leher Izan.
"Nak" mulut berkata-kata. Tetapi Mata masih terpejam. Macam-macam gaya la Zara ni. Hidung bersentuh hidung. Hati izan tercuit bahagia. Ditarik lengan Zara untuk bagun.
Terkebil-kebil biji mata.
Solat tahajud jom sayang. Zara tersenyum dan terus bagun dari katil. Memberi hadiah kucupan salam pagi buat yang tersayang.
..................................
Doa yang terakhir diaminkan dengan penuh linangan airmata. Begitu mendalam doa Izan. Sangat berkesan dihati Zara Sofiya.
Izan memusingkan badan untuk mengucup dahi isterinya.
"Abang. Ampunkan Zara dari hujung rambut hingga hujung kaki. Halalkan makan minum Zara. Maafkan Zara abang. Bimbing la Zara"
izan memeluk erat. Mengusap kepala Zara Sofiya. Menenangkan hatinya. Membaca surah-surah untuk melembutkan lagi hati Zara.
"Zara anugerah terindah buat abang. Abang tak pernah menyesal mengenali Zara. Bidadari syurga abang tak boleh menangis"
Mendongakkan kepala Zara. Menangalkan telekungnya. Menyarungkan hadiah yang diambil didalam beg.
"Zara. Sebagai isteri,anak yang soleh. Sebagai muslimah. Kita kena tutup aurat. Pakai tudung macam ni. Tutup dada, labuh kan baju, longgarkan baju. Tutup dari pandangan mata kaum adam"
Melilitkan shawl yang dibeli buat kesekian kalinya.
"Senang je tutup aurat. Bukan setakat pakai tudng je tau.
Tapi pakaian pun kena jaga sayang. Macam Zara pakai sekarang. Jaga diri sebagai isteri abang. Jaga akhlak semasa diluar rumah. Abang percayakan Zara.
Abang mencintai Zara setulus hati abang"
Biarkan masa lalu itu berlalu. Jangan toleh kebelakang. Jangan bagi masa lalu menghantui dirimu yang ingin berubah sayang. Sesungguhnya kisah silam itu mematangkan diri sayang.
My bae always in my heart.
Tutupilah masa silamku dengan keampunanMu. Amin YaRabbal A'lamin.