Orang cakap nampak atap bumbung
jadilah. Dah lama betul tak Nampak Iz pergi kolej. Sakit ke dia? Makan? Pakai?
Siapa yang uruskan? Hati perempuannya cukup terusik jika terbayangkan pujaan
hatinya sakit. Mahu ke rumah nanti orang cakap apa pula walaupun mereka berada
di negara orang. Lalu depan rumah pun jadilah. Kaki laju mara kehadapan untuk
sampai ke depan rumah pemilik hatinya.
Tetapi jantung Tia lebih laju
mengepam darah. Degupan jantung bagaikan mahu terpecah.
“Abang cepat la Dariza nak balik
ni, Dariza banyak kerja kena buat. Nanti Dariza datang teman abang, masak
dengan basuh baju abang. Abang cepat la Dariza nak salam ni.” YaAllah apa semua
ni. Who Dariza? Cepat-cepat Tia menyorok disebalik pokok berhadapan dirumah
Izan yang dengan hanya ditemani cahaya bulan. Hanya semata-mata ingin melihat
gelagat merpati dua sejoli. Hanya perkataan itu sahaja yang dapat ditangkap melalui perbualan diantara Izan dan perempuan itu
cukup untuk membuatkan dia hampir menitis air matanya apabila melihat gelagat
bersalam-salaman. Siap cium pipi kiri dan kanan. YaAllah adakah dia sudah
berpunya?
Hanya itu yang mampu dibicarakan. Patut la mesej tak balas. Call tak
angkat. Ajak teman beli barang macam-macam alasan bagi.
Dunianya semakin kelam dan gelap. Semakin sembab matanya dek menagis
seharian. Tak mampu untuk bertangguh lagi. Mungkin dia patut berundur. Tiada
guna lagi berada di negara yang asing yang tidak membawa apa-apa erti buatnya.
Atileya segera membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia dan menyambung
pelajaran di dalam negara. Itu la kali terakhir dia melihat Izan.
Allāhu Akbar Allāhu Akbar…
Allāhu Akbar Allāhu Akbar…
Azan berkumandang menandakan masuknya waktu Subuh mengejutkan Atileya. Kedengaran Azan cukup jelas membuatkan
hatinya dipagut sayu dengan laungan azan. Laungan itu juga mampu menenangkan
dirinya.
Terjawab soalan yang kian bertahun ada diminda. Mengapa semua ini berlaku
kepada diri aku? Kenapa berlakunya ketidak adilan? Terungkai satu demi satu,
Allah sedang merancang yang terbaik buat diri setiap hambanya. Allah memberi
yang terbaik untuk diri aku, sedangkan aku lalai dalam menunaikan kewajibannya.
Hubungan aku dengan Allah terabai, lalai dalam mengingati Allah S.W.T. Tetapi
aku leka mengejar cinta manusia yang tidak pasti penghujungnya. Terpandang
dengan apa yang terjadi pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian. Allah masih
sayang kan aku. DIA tidak mahu aku hanyut.
“ Ya Allah kenapa harus dia muncul lagi Ya Allah.” Tia bermonolog
sendirian.
Tia kemudian meraut wajah yang agak sembam. Tia terus meluru masuk kedalam
bilik air untuk mensucikan diri sebelum menghadap Ilahi. Peristiwa demi
peristiwa 4 tahun lepas kian hadir menerjah dalam fikirannya.
.....................................
ADUH, sakit nya bahu aku. Biadab betul la. Habis jatuh ayam krispi aku. Dah
la baru beli. Siap kau. Desis hati kecil Tia. Panjang sahaja muncung Tia. Nak sangkut hanger pun boleh.
“Eh , awak tak nampak ke bila ja…” Tia yang memang tidak pernah makan saman
untuk marah seseorang terhenti bercakap apabila dia cukup mengenali seraut
wajah disebalik kaca mata hitam yang dipakai.
Tangan sasa lelaki itu ditepis apabila ingin memegang bahu Tia. Jari
telunjuk Tia betul-betul berada di depan muka Izan. “Behave yourself” Amaran
yang menggetar kan jiwanya sendiri. Tidak tahu dimana datangnya kekuatan untuk
bercakap itu hadir apabila bersemuka
dengan si dia.
“Eh, Tia jangan marah-marah. Ramai orang pandang malulah weh. Chill Tia. Sabar." Mira cuba memujuk.
"Sorry bro. Dia memang macam ni. Biasalah perempuan bulan tengah
mengambang.” Belum habis Mira hendak meramahkan mulutnya, tangannya sudah
ditarik oleh Tia. Mereka terus berlalu meninggalkan Izan dan ayam yang masih
didalam paper bag yang dibeli tadi. Mira hanya mengikuti dengan perasaan yang
bingung. Seperti ada sesuatu yang dirahsiakan Tia.
“YaAllah, makcik ni boleh pulak
dia nak mengelamun. Tia, Tia!! “ Gegar satu kereta dengan suara Mira yang agak
lantang. Mahu pecah tingkap kereta. Harus bumbung pun boleh tercabut.
“Mira!! aku tak pekak lagi la.
Aku dengar la. Tak payah la menjerit” Jerkah Tia yang agak bengang. Dia meraut
muka dan beristigfar. Tidak guna untuk dikenang kisah lama baginya cukuplah apa
yang telah terjadi dalam beberapa hari ini.
………………………………..
RUMAH IZ
Puan Nana hanya memerhatikan gelagat anak terunanya dari dapur. Dari petang
tadi lagi dia merasakan ada sesuatu yang disorok selepas Izan balik dari
berjalan. Dilihat Izani termenung sambil memegang gelang tangan di tangannya.
Bagi Ahmad Hareez Izani, dia tidak mungkin akan dapat melupakan gelang yang
menjadi pilihannya semasa hari jadi Tia. Kenapa perlu Atileya menyimpan lagi
gelang itu sedangkan mereka tidak bersama lagi. Ada harapan lagi kah aku. Desis
hatinya.
"Wah cantiknya gelang tu Iz. Siapa punya tu, nak bagi mama ke?” Sambil
menepuk bahu anaknya dan menghulurkan mug yang berisi air hot chocolate. Tahu
akan kegemaran anaknya ketika kusut.
"Thanks ma. Menantu mama punya, Iz terjumpa tadi masa dekat
mall." Dia memegang tangan mamanya untuk duduk di sebelah.
Puan Nana memulas telinga anak terunanya. Pada dulu lagi Puan Nana memesan
agar tidak mengambil barang yang bukan hak milik sendiri. Itu la satu pantang
mama Izan.
Izan mengerang kesakitan. Telinganya mula merona kemerahan.
"Ma, stop it. Sakit la ma. Ma dengar la dulu cerita Iz”
Mamanya yang sudah merangkap seperti kawan, sahabat dan juga seorag ibu yang
begitu serasi dan memahami sentiasa memberi pendapat dan menjadi pendengar yang setia. Izani kemudian membuka
semua rahsia nya sejak 4 tahun lepas dan sehingga pertemuan yang tidak disengajakan
itu.
.....................................
RUMAH TIA
Kedengaran esakan tangis membuatkan Puan Aida terus meluru ke bilik anak
perempuannya. Tanpa memberi salam dan ketukan Puan Aida terus menerjah masuk
kedalam bilik yang berlatarkan dinding pink.
"Kenapa Tia menangis sayang? Siapa buat?” Puan Aida mula risau dengan
anaknya. Tia jarang menangis, kerana anaknya bukanla jenis yang kuat cengeng.
"Ma, Tia sayang gelang tu ma. Tia terlampau sayang gelang tu"
Puan Aida mengerti apa yang dimaksudkan oleh anak daranya.
“Nanti mama beli yang baru okey? Dah pegi tidur nanti lambat pulak bangun..
Dah solat isyak kan?"
"Dah ma, tapi gelang tu tak sama dengan gelang yang lain ma.” Bagi Tia
gelang itu cukup bermakna kerana membawa beribu erti dan berjuta memori setelah
4 tahun meninggalkan negara yang memberi begitu banyak nostalgia buatnya.
“It’s ok sayang. Make it simple. Just rest and sleep, and close your eyes.
Bukak zikir dekat phone. Tenangkan diri. Ma ada kerja lagi nak buat. Move on
sayang. Jangan ingat kisah yang dah lepas” Zikirlah peneman setia taktala
mengalami keresahan, kesedihan bahkan kegembiraan. Jangan pernah lupa pada yang
Maha Esa. Semua rezeki dan kebahagiaan datangnya dari-Nya.
…………………………………………………………………..
2 minggu tanpa kelibat Izani cukup menenagkan Atileya. Tapi panas yang
dijangka hingga petang rupanya ada hujan ditengah hari.
"NEA! Atileya! Tunggu kejap." Dengan bergegas izan mengejar gadis
yang telah lama dicari.
Tia berhenti secara mengejut apabila mendegar namanya dijerit. Tindakan Tia
membuat kan Izan hampir-hampir melanggar Tia buat kali kedua.
"Hai Nea." Dengan nada yang tercungap-cungap dia menegur Tia.
Hanya Izan yang memanggil Tia dengan panggilan Nea.
"Encik ni siapa? Maaf ya encik, saya tak kenal dan saya dah lambat
sangat nak jumpa client”
Wajah Izan berubah seakan terasa dengan sikap Tia yang tidak mengenali
dirinya. Tia bagaikan membina tembok yang cukup kukuh untuk memisahkan mereka.
Tia terkedu seketika. Beraninya aku. Bisik Tia sendirian.
"Eh, dia terasa ke dengan aku, salah ke aku cakap tadi? Peduli pulak
aku, aku banyak lagi benda kena fikir, Nonsense!” Tia mengomel didalam hatinya.
Tia malas untuk berfikir panjang dan mempercepatkan langkah. Banyak perkara
lagi yang harus diselesaikan hari ini.
Sejam telah berlalu. Date with client Tia berjalan dengan lancar. Segala masalah syarikat papanya telah dapat
diselesaikan. Baginya Uncle Zackrin merupakan client yang begitu dikagumi dan
tidak sia-sialah papanya sentiasa memuji client yang satu ni. Kaki laju sahaja
meluru ke basement untuk mendapatkan kereta setelah segala-galanya berjaya
diatur dengan sign kontrat antara 2 buah syarikat gergasi cukup membuatkan dia
menghela nafas lega.
"Salah ke aku dekat dia?" Tia masih berfikir, bertanya kepada
dirinya lagi. Ya Allah kenapa la aku asyik fikir pasal dia, cakap tadi nonsense la apa la. Dia dah lama tak ada
dalam hati aku. Kenapa aku rasa lain bila bertembung empat mata dengannya. Dia
juga tidak mahu menangis kerana Iz. Ayat yang Iz bagi masih ingat dibenaknya
“Kau tahu tak kalau kau menangis hari-hari pun masalah tak akan selesai? Baik
kau guna akal yang Allah bagi untuk kau fikir jalan penyelesaian. And please
stop crying! Jangan jadi budak kecik yang tak matang la!” Masih terbayang di
minda setiap pesanan sehingga dia sendiri takut untuk membalas pesanan ringkas
itu.
Menerawang sahaja pemikirannya sehingga dia tidak sedar pergerakannya
sedang diperhati. Agak suram dan sedikit
sunyi di basement parking kereta. Tia mengeluh kerana agak jauh dan tersorok
kereta yang di parking.
"Hai sayang. You nak balik
dah ke? Nanti la dulu. Malam masih muda sayang. Kita enjoy la dulu.” Dua orang
lelaki yang separuh mabuk sejak tadi lagi memerhatikan Tia dan sudah tiba masa
yang sesuai untuk mereka muncul dihadapan gadis itu.
"Eh, jangan sentuh-sentuh
boleh tak, saya nak lalu ni" Ya Allah selamatkan lah aku Ya Allah. Gusar
hati Tia taktala memikirkan dirinya yang sedang dalam bahaya. Tu la dulu papa
suruh belajar taekwondo tak mahu. Jual mahal. Sekarang baru la rasa nak menyesal tapi dah tak ada
guna. Tia meronta agar di lepaskan. Pelbagai kata-kata rayuan diberikan minta
dilepaskan.
Orang mabuk memang tak ada belas
kasihan mahupun bertolak ansur. Tia sudah menangis ketakutan. Terbayang wajah
orang yang disayang melayari depan matanya. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Zikir
penenang diri menjadi kekuatannya. Tetapi hampa. Dia semakin kelam dengan
pandangannya namun Tia seakan melihat pergelutan seorang lelaki dengan salah
seorang pemabuk itu.
Nasib baik polis cepat bertindak dan menangkap kedua-dua lelaki mabuk yang
telah membuat onar.
Encik Zackrin membawa Atileya ke klinik berhampiran. Bimbang sekiranya sesuatu
buruk akan berlaku. Mama dan papa Atileya bergegas ke klinik.
..............................................
Resah memikirkan perihal malam tadi. Naluri kelakiannya bergitu tercabar
melihat Tia diperlakukan sedemikan. Mujur sahaja dia mengikut gerak hati untuk
mengikut Tia ke tempat parking kereta. Luluh hatinya takala memandang Tia
meronta mahu dilepaskan. Izan lantas mengkhabarkan kepada papanya, Encik
Zackrin. Dengan segera Encik Zackrin memberitahu kepada rakan kongsinya Encik
Nazrin semasa dia bergegas ke tempat yang diperkatakan Izan.
Dalam hati Izan cuba menenangkan jiwa sendiri dengan alunan zikir. Sejak
berada di negara orang dia masih juga memegang prinsip zikir terapi diri yang
sentiasa diingatkan oleh mamanya.
Selesai menunaikan solat subuh berjemaah, Encik
Zackrin melabuhkan punggung di ruang tamu. Serentak dengan Izani. Manakala Puan
Nana bergerak ke arah dapur untuk menyediakan sarapan pagi.
“Pa, petang nanti kita pergi melawat anak kawan
papa boleh?” Tanya Izani takut-takut.
“Elok juga tu. Mama kamu pun dah lama tak jumpa
dengan mama Atileya tu. Lepas asar kita pergi melawat dia.” Ujar Encik Zackrin.
Izani mengangguk sebelum melangkah pergi ke arah
dapur tetapi sempat dihalang oleh papanya.
“Papa nak tanya kamu sesuatu.”
Izani lambat-lambat mengangguk setuju. Dia tahu,
apabila papanya telah berubah nada serius, itu bermakna memang ada sesuatu yang
penting.
“Kamu ada apa-apa hubungan dengan Atileya? Kenapa
semalam kamu beria-ria nak selamatkan diri sampai bertumbuk bagai?” Tanya Encik
Zackrin tegas.
“Tanggungjawab. Sebab dia perempuan. So sebagai
lelaki Iz rasa Iz should help her.” Jawab Izani.
“Papa pernah muda Iz. Jangan tipu papa. Dari mata
kamu papa tahu, kamu sayang dia kan? Tell me everything.”
Izani mula takut-takut. Tapi akhirnya dia
bercerita segalanya kepada papanya. Puan Nana hanya mendengar dari jauh. Malas
mahu masuk campur urusan dua beranak itu.
“Papa suka Iz terus terang dengan papa. In shaAllah
papa akan tolong kamu. Dah jangan risau. Petang nanti kita jumpa Atileya kamu
tu.” Usik Encik Zackrin. Izani hanya tersengih menampakan barisan giginya yang
teratur kemas itu.
..................................