Friday, 6 February 2015

Pizza homemade

Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim.


Let share our super duper resepi nyum nyum.

Rasa lapar. Rasa Teringin sangat. rasa nak beli, tapi save duit. hihi
jadinya, tak ada cara lain. pergi dapur rajin-rajin kan tangan, panas-panas kan oven.

Senang je nak buat. Cuma kena bismillah dulu kalau nak buat doh roti yang tersayang ni. Hehe sebab apa? Sebab, doh ni kena buat dengan penuh ikhlas & penuh istiqamah. Amboii huhu. Tak ada la, nak buat doh roti ni kena penuh kasih sayang, sebab doh yang nak jadikan roti pizza handmade ni the main thing yang akan dimakan yang akan dinilai dulu. Kalau my dad, ermm jap abah nak komen. Apa yang dia komen adalah??? Roti pizza la. Hehe


So. Jom share resepi.



Bahan buat doh :
2 cawan tepung
1 sudu makan yeast segera (tidak penuh)
3/4 cawan air
Sedikit garam halus
2 sudu besar gula pasir
2 sudu makan minyak masak

Bahan nak letak atas doh:
udang
 (goreng dulu sebelum letak atas doh)
Sosej
Tomato
Lada benggala
Nenas dalam tin
Cheese
Cendawan butang
Sos tomata / sos cili

Cara buat doh (roti) :
1)Masukkan garam dulu, disusuli tepung, gula & yeast diatas. Gaul rata-rata.

2)Masukkan air gaul sebati.
Kemudian, masukkan minyak masak.
Dan uli-uli.

3)Bahan ni diuli sehingga lembut.
Ketepikan selama 45 minit or ketepikan hingga menjadi dua kali ganda besar.

4)Ambil satu, canai setebal 1/4 inci. Senang cerita jangan tebal sangat. Kalau tak ermm. Tahu tahu sendiri hehe
Letakkan atas loyang. Cucuk permukaan  yang dicanai dalam loyang tu dengan garpu.

5)ratakan sos cili/sos tomato dengan sudu.
Dah rasa ok cun cun

6)Letak la bahan bahan nak letak atas doh tadi

Lepas tu, kalau rasa dah cukup semuanya tunggu dalam 15 minit, boleh masukkan dalam oven suhu 120'c. selama anggaran 10-20 minit. biasanya kalau ain akan buat selama 30 minit


Selamat mencuba. Dah jadi , share la sikit pizza hehe. Share gambar pun boleh.