Friday 3 July 2015

Cerpen : Xiang ni, Shuai ( IV )

“You such a lucky girl sayang. Aku tumpang bahagia untuk kau. Aku doakan kau agar berkekalan hingga detik terakhir nafas korang. Tapi aku betul-betul tak sangka la. Terkejut tau masa akad nikah kau tu.” Tia terus merangkul badan Mira. Dia sendiri tidak sangka suaminya adalah Iz, Izani yang digilakan oleh sepupunya itu. Harus melopong Mira bila terdengar pula cerita Tia kisah 4 tahun lepas. Kuat berahsia sungguh sepupu yang sorang ni. Betul la apa yang dibaca dulu, ‘perempuan yang banyak bercakap adalah seorang perempuan yang jadi pendiam apabila ditimpa masalah dan dia banyak menagis dalam diam.’  Mereka bersama-sama duduk di balkoni rumah milik suaminya dengan menghirup udara petang.

Izan yang keluar dari dapur membawa dua mug air untuk Tia dan Mira. Huluran disambut dan terus dirangkul pinggang Tia.

“Sayang kutuk abang ya tadi dengan Mira…” Sengaja dierat kan lagi rangkulan sehingga Tia naik malu dengan sepupunya sendiri. Cubitan sayang hinggap diperut Izan, Mira hanya pandang dengan senyuman. Tenang hati bila melihat sepupunya selamat berada dengan orang yang sayang dan mampu menjaga Tia lebih dari papa Nazrin dan mama Aida menjaganya.

Ketukan pintu membuatkan ketiga-tiga berpandang sama sendiri.
“Wait for a minutes, abang pergi bukak pintu jap.” Izan menapak masuk kedalam rumah.
Tetamu yang tak disangka akhirnya datang juga.

“Abang, Dariza rindu abang. Sampai hati akad nikah tak tunggu Iza. Merajuk la dengan abang. Ni pun mama yang bagi alamat rumah abang tau”
Tumbukan manja Dariza lembut melayang dibahu kanan abangnya. Abang yang begitu penyabar dan memahami kerenahnya.

“Wah adik abang dah balik dari London. Sorry la, abang lupa nak contact Iza. Come On Iza, jom abang kenal kan Iza dengan kakak ipar yang comel ni” Ternganga Tia sendirian bila Dariza bersalam dengannya. Masih ingat lagi dia membawa diri balik ke pangkuan keluarga kerana Izan dan gadis yang tinggi lampai yang sedang bermesra-mesraan di rumah Izan.
Tekaannya meleset. Ingatnya Dariza ni buah hati Izan. Rupa-rupanya Dariza ni adalah adik bongsu kesayangan suaminya sendiri. Rasa malu menerjah diri.

     “Last paper Iza habis seminggu lewat selepas akad nikah abang dengan akak. Sebab tu la Iza tak dapat nak balik Malaysia.” Iza berasa hampa kerana tidak dapat pulang untuk meraikan hari bahagia abang dan kakak iparnya.

……………………………………………………………….

Izan mengimamkan solat isyak selepas adik dan sepupu isterinya balik dari makan malam bersama mereka.
Selesai bersolat Izan memanggil Tia untuk duduk menyandar di dada bidangnya. Tia hanya mengikut seperti lembu di cucuk hidung.

"Ni Hen Shuai” Izan membisik ditelinga Tia. Tia kegeliaan dan mencubit lengan Izan.

“Shuai dah la. Tia malu. Kisah lama la tak baik dikenang” Sengaja ingin menutup topik  yang sibuk dibicarakan oleh suaminya.
Dia begitu rasa selamat taktala Izan memeluknya erat. Pelukan Izan dibalas dengan sentuhan jari jemari Tia.

Izan meleraikan pelukan dan menghadapkan Tia untuk menatap anak matanya. Dia mengeluarkan sesuatu dari bawah bantal.

Tia sudah menjerit bagai terkena histeria.
 “Abang! Mana abang jumpa gelang ni abang. Abang bagi balik dekat Nea. Abang jumpa dekat mana?” Suaranya persis macam kanak-kanak ribena yang menjerit minta dibelikan gula-gula. Berderai gelak tawa Izan. Entah apa yang lawaknya dia pun tidak pasti. Tia terus menyentap gelang yang berada ditangan Izan.

“Hari tu masa kita ayam sayang jatuh tergolek, gelang ni jatuh. Abang terpijak. Hati abang rasa macam pernah nampak gelang tu. Terus abang simpan dan bawak balik. Tapi kenapa simpan lagi gelang tu?”
“Nea sayang sangat gelang ni, tak sampai hati nak buang dalam loji kumbahan tu.” Sengaja mengenakan suaminya.
Mulut Izan mencebir sedepa.

“Nea dengar tau apa yang abang nak cakap ni” Tia mula tidak sabar dan menyandar kepalanya ditubuh Izan.

Shuai,
sampai hari ni pun saya still suka awak even perangai awak menyakitkan hati. Saya wish goodluck untuk result pun awak tak reply. If awak dah tahu siapa saya, thanks.. Sebab at least nak jugak awak tahu dan kenal siapa diri saya, kan?  Memang saya tak tahu malu. Suka hati awakla nak cakap apa pun pasal saya. Saya tak minta pun awak balas perasaan saya. Saya cuma nak awak tahu yang saya still suka awak. And saya selalu teringat kat awak bila dengar lagu masih mencintainya. I dont know why... Saya tahu yang awak tak perasan semua ni. Tapi setiap kali saya terserempak dengan awak saya tak rasa itu jodoh. Saya yakinkan hati saya bahawasanya tu semua hanyalah kebetulan. Saya tahu ramai lagi yang suka dekat awak. Dan saya tahu awak pun dah suka dekat orang lain. I guess. Sorry if salah. Saya ikut kata hati. Jujur saya cakap, saya memang jealous sangat sangat tengok awak rapat dengan perempuan lain. Saya jealous sebab saya tak mampu nak buat semua tu. Saya tak mampu nak tegur awak. Saya tak mampu nak berhadapan dengan awak. Saya tak mampu nak jadi macam orang lain. Even untuk berkawan dengan awak pun saya malu. Tengok awak dari jauh pun dah buat saya rendah diri. Saya harap awak bukan yang terakhir. Saya tak nak awak penyebab pintu hati saya tertutup. Terus terang saya cakap, saya dah mula sayang awak. Dan saya sendiri pun tak tahu macam mana saya boleh sayangkan awak. Kalau awak baca semua ni... Saya minta maaf sebab sayang awak, Shuai. Saya manusia biasa yang tak dapat lari dari buat kesilapan. Saya tak tahu sampai bila saya mampu tunggu awak. Saya harap lepas ni tak ada kebetulan antara kita. Saya taknak sakitkan hati saya sendiri. Dan saya pun dah janji yang saya takkan text awak. Saya dah tunaikan janji saya. Last say, wish all the best to you. Semoga awak berjaya dunia dan akhirat. Dan semoga awak bahagia and sorry if selama ni saya banyak menyerabutkan awak. Sorry sangat sangat. Doakan saya supaya dapat lupakan awak... Take care..
Saya sayang awak, Shuai :')
Xiang ni, Shuai....

Mengalir air mata Tia bila mendengar setiap satu yang dibaca oleh Izan. Dia cukup mengenali ayat itu. Ayat yang pada dulunya ditujukan khas buat Izan yang pernah melukainya yang diluahkan didalam blog peribadinya. Dia terus mendakap suaminya dengan erat.
Sebersalah pula menyelubungi diri Izan kerana menjatuhkan lagi permata jernih itu.

“Ssssshh, sayang look at me. Stop crying sayang. Abang tak suka la tengok Nea menangis” Sambil membelai rambut Tia dan sambil itu la dia mengesat permata jernih yang mengalir.

Tia begitu bersyukur kerana dapat memiliki Ahmad Hareez Izani Bin Ahmad Zackrin. Anugerah Allah yang sungguh tidak ternilai harganya.

“Walaupun jarak kita jauh masa tu, Walaupun bermacam-macam benda yang abang dah buat dekat Nea. Satu je sayang, jodoh kita tak kemana. Ingat la, abang akan sayang dan cinta Nea until jannah.
Tia permata yang bernilai dalam hidup abang. Tia jugak akan menjadi mama kepada anak-anak abang. Tia jugak telah menjadikan hati abang dan hati Tia menjadi satu.
2 hati menjadi 1 bukan mudah unuk dilalui sampai ketahap ni sayang. Percayalah kata-kata abang. Abang tak akan sia-siakan Tia macam mana yang abang pernah buat dulu”


Begitu indah ciptaan Tuhan. Kita hambanya hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Jodoh dan pertemuan itu milikNya.

Cerpen : Xiang ni, Shuai ( III )

Perjumpaan yang hanya niatnya ingin melawat bertukar kepada perjumpaan yang tidak disangka oleh Izani.

Izani tidak menyangka bahawa Atileya merupakan anak Uncle Nazrin. Kasih Uncle Nazrin sudah lama tertumpah pada seraut wajah Izani sejak kali pertma berjumpa, sudah lama berniat ingin menjadikan Izani ahli keluarganya. Bagi Encik Nazrin, dia bukan ingin masuk campur hal anak-anak. Tetapi memikirkan anak daranya yang semakin meningkat berusia dan juga merupakan anak dara tunggalnya membuatkan jiwa mahu menangis apabila diberi tahu anaknya nyaris-nyais dinodai dua lelaki mabuk di basement semasa berjumpa rakan karibnya yang juga merupakan client tetap syarikat Nazrin Copration.

Tia yang masih menyendiri dalam bilik hanya akur dengan permintaan papa dan Uncle Zack. Dia masih trauma dan takut dengan kejadian yang berlaku. Tia bergitu terasa berhutang budi dan nyawa sehingga dia sanggup menerima lamaran untuk di kahwinkan dengan anak kawan papa pada bulan hadapan.

Entah mengapa, jauh di sudut hati Atileya, dia sangat berharap lelaki yang telah menyelamatkannya ialah Izani. Dan bukannya anak Uncle Zackrin yang kebetulan berada di basement ketika itu.

"Tia fikir apa sayang? Dengarkan mama cerita tadi. Mama tak mahu Tia mengiakan kata-kata papa disebabkan Tia terasa terhutang budi mahupun terhutang nyawa. Fikir untuk masa depan Tia juga. Sebab seumur hidup Tia selepas ni, Tia akan duduk dengan suami Tia anak Uncle Zack. Tapi mama suka dengan anak Uncle Zack tu, baik budi pekerti orangnya. ” Tersentak Tia apabila ditegur sedemikan. Lama jugak dia mengelamun memikirkan tentang dirinya. Entah siapa la yang akan menjadi suaminya nanti. Mama dan papa suka. Tapi dia belum tentu lagi. Tia mengeluh perlahan.

“Ingat Tia, Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya. Tia kena kuat. Take time untuk muhasabah diri. Allah tak akan uji hambaNya diluar kemampuan seseorang. Tia buat la solat istikharah sayang. Mintak petunjuk” Seorang ibu begitu memahami dirinya membuatkan dia berasa sebak.

Cerita Puan Aida tentang dua lelaki mabuk itu telah melegakan hatinya. Dia bersyukur kerana mereka telah ditahan selepas dikerjakan teruk oleh anak Uncle Zack. Kenapa anak Uncle baik sangat dengan Tia? Tetapi kenapa mesti ingin jadikan Tia sebagai partner seumur hidup anaknya juga.

Istikharah adalah jalan penyelesaian buat segala masalah yang menimpa. Selama tiga hari berturut-turut Tia membuat solat istikharah. Namun petunjuk yang dia dapat hanyalah bau wangian yang sering dipakai oleh Izani, Polo Red Raplh Lauren. Tetapi Tia lantas menyangkal, kerana baginya perfume itu digunakan ramai lelaki kerana baunya yang lembut dan tidak menyakitkan kepala.

...............................................

Sebulan telah berlalu dari tarikh peminangan. Kini tinggal lagi seminggu tarikh pernikahan Atileya dengan lelaki yang tidak dikenali itu. Sengaja dia tidak mahu berjumpa dengan bakal suaminya. Takut dia berubah hati. Malah dia masih teringat kata-kata sepupu merangkap kawan baiknya, Mira.

“Bercinta la selepas kahwin. Percintaan selepas kahwin itu lebih indah walaupun memerlukan kekuatan dan masa untuk memahami antara satu sama lain. Lupakan kisah silam, buang yang keruh ambil yang jernih. Fikir tentang masa depan kau dengan suami kau.” Selama dibelengu resah dan gelisah, bahu sepupunya la menjadi mangsa tempat takungan air matanya.


Dalam tempoh seminggu itu, pelbagai kiriman sms diterima daripada Izani. Tapi satu pun tidak dilayan. Tia menghela nafas perlahan. Melepaskan kenangan-kenangan mereka. Cukuplah Izani. Cukuplah Shuai. Kau ganggu hidup aku. Kenapa perlu sekarang. Kenapa bukan dulu saat aku masih belum berpunya. Atileya meraup muka dan beristifar.

.......................................................

Dengan sekali lafaz, Atileya sah menjadi milik anak Encik Zackrin dengan berwalikan bapa mertuanya.  Perlahan-lahan Izani berjalan ke arah Atileya yang duduk di atas perlamin. Hatinya bergetar rindu takala melihat seraut wajah polos itu. Sungguh cantik ciptaan-Mu Ya Allah

Izani memberi salam. Atileya mengangkat sedikit mukanya. Dia terpana! Airmatanya jatuh ke pipi.

“Syuhh. Jangan nangis sayang. Comot dah.” Izani menyeka airmata isternya yang sah itu.
Izani menyarungkan cincin ke jari manis milik Atileya dan begitu juga sebaliknya. Kemudian, dia mencium dahi Atileya lama. Dapat dirasakan kasih sayang yang mengalir kedalam setiap saluran darahnya.

.....................................
Setelah seminggu mereka diijab kabul, Atileya dan Izani pulang ke rumah sendiri.

“Sayang, dah siap belum? ” Teguran suaminya membuatkan Tia nyaris-nyaris terpotong jari sendiri selepas dia sendiri beria-ria mahu membantu suaminya masak. Kalut mengesat air mata kerana dia tidak mahu dipandang seperti perempuan yang cengeng terlupa pula yang dia tengah potong lada. Terkebil-kebil menahan pedih. Kali ini bukan air mata sedih tetapi air mata yang menahan kepedihan. Tergelak sakan suaminya melihat  perilaku itu. Bukan hari ni sahaja dia nampak Tia menagis sendirian. Tetapi dibiarkan sahaja kerana tidak mahu menganggu emosi Tia.

Tanpa berlengah Izani membasuh mata Tia dengan air sejuk. Seketika kemudian, keadaan kembali seperti biasa.

“Lepas makan nanti ikut abang pergi pantai ya” Bukan Izani tidak tahu, bila sebut pasal pantai pasti ada senyuman yang akan menghiasi bibir mungil milik isterinya itu.

……………………………………………….

Angin bertiup lembut dapat menenangkan dirinya. Suaminya entah kemana menghilangkan diri. Beli air agaknya. Tembak Tia. Dia sendiri malas untuk memikirkan perkara yang remeh itu kerana tidak mahu mood nya terganggu.

Terasa dipeluk dari belakang dibiarkan sahaja. Kerana dia sudah lali dengan bau minyak wangi yang dipakai.

“Amboi, jauh mengelamun sayang abang ni. Kalau bukan abang yang peluk tadi macam mana?” Muncung sedepa ditunjukkan. Sengaja ingin bermanja untuk mencari mood happy isterinya.
Tia hanya mendiam kan diri. Malas hendak melayan. Tia tidak takut sebab yang memeluk itu adalah suaminya sendiri kalau tidak harus makan kasut lelaki yang mengambil kesempatan tu.

 “Shuai...”
Mendayu sahaja bunyi. Membuatkan Izan terpana, sudah lama tidak mendengar panggilan sedemikian. Sejak di ijab Kabul hanya awak-saya sahaja yang menjadi panggilan untuk membahasakan diri dari Tia. Mungkin Tia masih terasa hati dengannya.
Tetapi tidak sia-sia dia membawa Tia ke pantai hari ni.

“Mmmmm…” Izan hanya mengikut rentak Tia duduk di atas pasir. Tia sengaja melentokkan kepalanya dibahu sasa milik Izan. Dia mahu membuka buku baru dan melupakan kisah silam. Suka betul dengan bau minyak wangi yang dipakai oleh suaminya.

“Kenapa shuai nak sangat kahwin dengan Tia?” Sudah lama ingin ditanya soalan itu tetapi mencari kekuatan dan masa yang sesuai.

“Kenapa sayang nak kahwin dengan abang?” Persoalan diajukan dengan persoalan.
Serentak mereka menjawab “Istikharah” Tia tersenyum dengan jawapan yang diberi. Izan memegang jari runcing milik isterinya.

“Sebab sayang jodoh abang yang telah ditetapkan.” Izani mencuit hidung Atileya.

“4 tahun lepas, ingat tak kali terakhir Nea mesej abang? Lepas tu abang tunggu punya tunggu mesej dari Nea tapi dah tak ada. Tapi hati abang tersentuh bila Nea berani mati add abang dekat facebook dengan menggunakan akaun fake. Nea cakap ada orang suka abang itu la ini la. Sampai abang tembak yang sebenarnya bukan kawan Nea yang suka tapi Nea yang sebenarnya suka dekat abang. Mula tu niat abang hanya nak main-mainkan Nea. Tanpa abang sedar abang sendiri dah jatuh cinta dengan Nea” Tersenyum sampai ke telinga Tia dibuatnya. Tersipu malu sendiri bila di buka kisah lama.

“Tapi abang bukan nak pandang Nea pun. Dulu mati-mati Nea ingat abang sayang dan sukakan Nea.”
Pemberian abang dulu  pun Nea hargai. Tapi abang tipu Nea. Abang cerita satu kolej yang Nea ni terhegeh-hegeh dekat abang sebab abang handsome la apa la. Abang sanggup tunjuk mesej yang Nea bagi dekat kawan abang. Nea ingat selama ni abang yang balas semua mesej Nea rupanya kawan abang. Abang tahu tak betapa sakitnya hati Nea. Nea sabar and Nea tetap terima bila abang mintak maaf. Tapi bila nampak ada perempuan lain dekat rumah hari tu terus Nea tekad tak nak tegur abang dan Nea nak bawak diri jauh dari abang. Sebab Nea rasa diri Nea dah tertipu.” Hanya keluhan yang dapat didengar di cuping telinga Izan.

Cerita mama Aida mengimbau dibenaknya. Sejak Tia rasa dia dipermainkan dia malas untuk  membuka mana-mana pintu hati lagi. Dia kesal sebab dah terlanjur sayang dekat Izan.  Pinangan demi pinangan yang dibuat oleh lelaki lain tetap ditolak oleh Tia.

Sebelum hari pernikahannya Tia tidak pernah berjumpa bakal suaminya. Kerana dia tak mahu menyesal dan ingin bercinta selepas bekahwin serta meninggalkan kisah silamnya. Tetapi semasa akad, dia mendengar nama penuh Ahmad Hareez Izani Bin Ahmad Zackrin dia memberanikan diri unuk mengangkat muka. Berjujuran airmata keluar. Betapa agungnya ciptaan Tuhan. “Jodoh tak kemana sayang” itulah kata-kata mama yang setia berada disisi pada masa akad berlangsung.

“Abang tahu abang salah” Suaranya menyapa gegendang telinga Tia.

“Malas layan shuai. Nea tak maafkan shuai. Dah la tak handsome. Kalau Nea tahu, Nea cari yang lain dah” Sengaja diugut oleh isterinya.

“Tak handsome konon. Berani buat la! Nak tahu rahsia tak?” Belum sempat apa-apa Tia terus memandang Izan. Izan terus menyepit hidung Tia tanda protes, Geram!  Tia memandang Izan dengan penuh makna.

“Aduh sakit tau hidung Nea. Shuai, cakap la cepat, shuai ni cakap lambat macam siput sedut la.” Mulut kalau tak mengutuk sehari tak sah isterinya ni.

“Abang sebersalah tau dulu. Last mesej sayang abang rasa sedih tak tahu nak buat apa. Abang contact balik Nea tapi tak dapat. Tapi ada perempuan lain yang goda abang masa abang call no Tia. Dia cakap “This is the voice mail box for the number 011-29******” hampa tau”
Cubitan ketam mula hinggap di lengan kanan Izan. Menyeringai sakit menyebabkan  bingit ditelinga Tia secara automatik dia menyiku lembut dada suaminya.

“Abang sentiasa tahu perkembangan Nea. Abang baca luahan hati Nea. Termasuk pasal Dariza. Nea ingat tak ayat Xiang ni, Shuai?”  Shuai  adalah maksud yang cukup mendalam buat Tia. Shuai hanya digelar handsome didalam bahasa mandrin. Hanya Izan yang digelar Shuai oleh Tia. Dia membulatkan mata. Membulatkan mata kerana tidak percaya.
“Abang baca blog Nea? Abang stalker!!”

“Bukan stalker la sayang. Dah sayang guna nama sendiri as url blog. Senang la abang nak trace sayang abang ni. Tapi dah lama sayang tak update blog sayang.

Sejak hari itu jugak Izan dapat tahu Tia dah tiada di bumi asing. Dia sudah pulang kepangkuan keluarganya di Malaysia.

Sebersalah sebab tidak berterus terang dengan awal tentang isi hatinya yang sebenar.Padangan Izan memandang ke laut mengamit memori kali pertama berjumpa Tia. Seribu satu kenangan yang membuai perasaannya.

Hari sudah melabuh tirai. Tanpa dirancang mereka berdua menyaksikan matahari terbenam. Tia yang penuh kagum mengucap dan memuji kehadrat Ilahi. Terlalu kagum dengan ciptaannya sehingga Izan terpaksa menutup mulut Tia yang agak ternganga. Macam kanak-kanak ribena isteri aku ni. Tegelak kecil didalam hati.
…………………………………………




Cerpen : Xiang ni, Shuai ( II )

     Orang cakap nampak atap bumbung jadilah. Dah lama betul tak Nampak Iz pergi kolej. Sakit ke dia? Makan? Pakai? Siapa yang uruskan? Hati perempuannya cukup terusik jika terbayangkan pujaan hatinya sakit. Mahu ke rumah nanti orang cakap apa pula walaupun mereka berada di negara orang. Lalu depan rumah pun jadilah. Kaki laju mara kehadapan untuk sampai ke depan rumah pemilik hatinya.
Tetapi jantung Tia lebih laju  mengepam darah. Degupan jantung bagaikan mahu terpecah.

     “Abang cepat la Dariza nak balik ni, Dariza banyak kerja kena buat. Nanti Dariza datang teman abang, masak dengan basuh baju abang. Abang cepat la Dariza nak salam ni.” YaAllah apa semua ni. Who Dariza? Cepat-cepat Tia menyorok disebalik pokok berhadapan dirumah Izan yang dengan hanya ditemani cahaya bulan. Hanya semata-mata ingin melihat gelagat merpati dua sejoli. Hanya perkataan itu sahaja yang dapat ditangkap melalui  perbualan diantara Izan dan perempuan itu cukup untuk membuatkan dia hampir menitis air matanya apabila melihat gelagat bersalam-salaman. Siap cium pipi kiri dan kanan. YaAllah adakah dia sudah berpunya?
Hanya itu yang mampu dibicarakan. Patut la mesej tak balas. Call tak angkat. Ajak teman beli barang macam-macam alasan bagi.

Dunianya semakin kelam dan gelap. Semakin sembab matanya dek menagis seharian. Tak mampu untuk bertangguh lagi. Mungkin dia patut berundur. Tiada guna lagi berada di negara yang asing yang tidak membawa apa-apa erti buatnya. Atileya segera membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia dan menyambung pelajaran di dalam negara. Itu la kali terakhir dia melihat Izan.

Allāhu Akbar  Allāhu Akbar…
Allāhu Akbar  Allāhu Akbar…

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu Subuh mengejutkan Atileya. Kedengaran Azan cukup jelas membuatkan hatinya dipagut sayu dengan laungan azan. Laungan itu juga mampu menenangkan dirinya.
Terjawab soalan yang kian bertahun ada diminda. Mengapa semua ini berlaku kepada diri aku? Kenapa berlakunya ketidak adilan? Terungkai satu demi satu, Allah sedang merancang yang terbaik buat diri setiap hambanya. Allah memberi yang terbaik untuk diri aku, sedangkan aku lalai dalam menunaikan kewajibannya. Hubungan aku dengan Allah terabai, lalai dalam mengingati Allah S.W.T. Tetapi aku leka mengejar cinta manusia yang tidak pasti penghujungnya. Terpandang dengan apa yang terjadi pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian. Allah masih sayang kan aku. DIA tidak mahu aku hanyut.

“ Ya Allah kenapa harus dia muncul lagi Ya Allah.” Tia bermonolog sendirian.


Tia kemudian meraut wajah yang agak sembam. Tia terus meluru masuk kedalam bilik air untuk mensucikan diri sebelum menghadap Ilahi. Peristiwa demi peristiwa 4 tahun lepas kian hadir menerjah dalam fikirannya.
.....................................

ADUH, sakit nya bahu aku. Biadab betul la. Habis jatuh ayam krispi aku. Dah la baru beli. Siap kau. Desis hati kecil Tia.  Panjang sahaja muncung Tia. Nak sangkut hanger pun boleh.

“Eh , awak tak nampak ke bila ja…” Tia yang memang tidak pernah makan saman untuk marah seseorang terhenti bercakap apabila dia cukup mengenali seraut wajah disebalik kaca mata hitam yang dipakai.

Tangan sasa lelaki itu ditepis apabila ingin memegang bahu Tia. Jari telunjuk Tia betul-betul berada di depan muka Izan. “Behave yourself” Amaran yang menggetar kan jiwanya sendiri. Tidak tahu dimana datangnya kekuatan untuk bercakap  itu hadir apabila bersemuka dengan si dia.

“Eh, Tia jangan marah-marah. Ramai orang pandang  malulah weh. Chill Tia. Sabar." Mira cuba memujuk.
"Sorry bro. Dia memang macam ni. Biasalah perempuan bulan tengah mengambang.” Belum habis Mira hendak meramahkan mulutnya, tangannya sudah ditarik oleh Tia. Mereka terus berlalu meninggalkan Izan dan ayam yang masih didalam paper bag yang dibeli tadi. Mira hanya mengikuti dengan perasaan yang bingung. Seperti ada sesuatu yang dirahsiakan Tia.

     “YaAllah, makcik ni boleh pulak dia nak mengelamun. Tia, Tia!! “ Gegar satu kereta dengan suara Mira yang agak lantang. Mahu pecah tingkap kereta. Harus bumbung pun boleh tercabut.

     “Mira!! aku tak pekak lagi la. Aku dengar la. Tak payah la menjerit” Jerkah Tia yang agak bengang. Dia meraut muka dan beristigfar. Tidak guna untuk dikenang kisah lama baginya cukuplah apa yang telah terjadi dalam beberapa hari ini.

………………………………..
RUMAH IZ

Puan Nana hanya memerhatikan gelagat anak terunanya dari dapur. Dari petang tadi lagi dia merasakan ada sesuatu yang disorok selepas Izan balik dari berjalan. Dilihat Izani termenung sambil memegang gelang tangan di tangannya.

Bagi Ahmad Hareez Izani, dia tidak mungkin akan dapat melupakan gelang yang menjadi pilihannya semasa hari jadi Tia. Kenapa perlu Atileya menyimpan lagi gelang itu sedangkan mereka tidak bersama lagi. Ada harapan lagi kah aku. Desis hatinya.

"Wah cantiknya gelang tu Iz. Siapa punya tu, nak bagi mama ke?” Sambil menepuk bahu anaknya dan menghulurkan mug yang berisi air hot chocolate. Tahu akan kegemaran anaknya ketika kusut.

"Thanks ma. Menantu mama punya, Iz terjumpa tadi masa dekat mall." Dia memegang tangan mamanya untuk duduk di sebelah.

Puan Nana memulas telinga anak terunanya. Pada dulu lagi Puan Nana memesan agar tidak mengambil barang yang bukan hak milik sendiri. Itu la satu pantang mama Izan.
Izan mengerang kesakitan. Telinganya mula merona kemerahan.

"Ma, stop it. Sakit la ma. Ma dengar la dulu cerita Iz”
Mamanya  yang sudah  merangkap seperti  kawan, sahabat dan juga seorag ibu yang begitu serasi dan memahami sentiasa memberi pendapat dan menjadi  pendengar yang setia. Izani kemudian membuka semua rahsia nya sejak 4 tahun lepas dan sehingga pertemuan yang tidak disengajakan itu.

.....................................

RUMAH TIA

Kedengaran esakan tangis membuatkan Puan Aida terus meluru ke bilik anak perempuannya. Tanpa memberi salam dan ketukan Puan Aida terus menerjah masuk kedalam bilik yang berlatarkan dinding pink.

"Kenapa Tia menangis sayang? Siapa buat?” Puan Aida mula risau dengan anaknya. Tia jarang menangis, kerana anaknya bukanla jenis yang kuat cengeng.

"Ma, Tia sayang gelang tu ma. Tia terlampau sayang gelang tu" Puan Aida mengerti apa yang dimaksudkan oleh anak daranya.

“Nanti mama beli yang baru okey? Dah pegi tidur nanti lambat pulak bangun.. Dah solat isyak kan?"

"Dah ma, tapi gelang tu tak sama dengan gelang yang lain ma.” Bagi Tia gelang itu cukup bermakna kerana membawa beribu erti dan berjuta memori setelah 4 tahun meninggalkan negara yang memberi begitu banyak nostalgia buatnya.

“It’s ok sayang. Make it simple. Just rest and sleep, and close your eyes. Bukak zikir dekat phone. Tenangkan diri. Ma ada kerja lagi nak buat. Move on sayang. Jangan ingat kisah yang dah lepas” Zikirlah peneman setia taktala mengalami keresahan, kesedihan bahkan kegembiraan. Jangan pernah lupa pada yang Maha Esa. Semua rezeki dan kebahagiaan  datangnya dari-Nya.
…………………………………………………………………..

2 minggu tanpa kelibat Izani cukup menenagkan Atileya. Tapi panas yang dijangka hingga petang rupanya ada hujan ditengah hari.

"NEA! Atileya! Tunggu kejap." Dengan bergegas izan mengejar gadis yang telah lama dicari.

Tia berhenti secara mengejut apabila mendegar namanya dijerit. Tindakan Tia membuat kan Izan hampir-hampir melanggar Tia buat kali kedua.

"Hai Nea." Dengan nada yang tercungap-cungap dia menegur Tia. Hanya Izan yang memanggil Tia dengan panggilan Nea.

"Encik ni siapa? Maaf ya encik, saya tak kenal dan saya dah lambat sangat nak jumpa client”

Wajah Izan berubah seakan terasa dengan sikap Tia yang tidak mengenali dirinya. Tia bagaikan membina tembok yang cukup kukuh untuk memisahkan mereka.

Tia terkedu seketika. Beraninya aku. Bisik Tia sendirian.
"Eh, dia terasa ke dengan aku, salah ke aku cakap tadi? Peduli pulak aku, aku banyak lagi benda kena fikir, Nonsense!” Tia mengomel didalam hatinya.
Tia malas untuk berfikir panjang dan mempercepatkan langkah. Banyak perkara lagi yang harus diselesaikan hari ini.

Sejam telah berlalu. Date with client Tia berjalan dengan lancar. Segala masalah syarikat papanya telah dapat diselesaikan. Baginya Uncle Zackrin merupakan client yang begitu dikagumi dan tidak sia-sialah papanya sentiasa memuji client yang satu ni. Kaki laju sahaja meluru ke basement untuk mendapatkan kereta setelah segala-galanya berjaya diatur dengan sign kontrat antara 2 buah syarikat gergasi cukup membuatkan dia menghela nafas lega.

"Salah ke aku dekat dia?" Tia masih berfikir, bertanya kepada dirinya lagi. Ya Allah kenapa la aku asyik fikir pasal dia, cakap tadi nonsense la apa la. Dia dah lama tak ada dalam hati aku. Kenapa aku rasa lain bila bertembung empat mata dengannya. Dia juga tidak mahu menangis kerana Iz. Ayat yang Iz bagi masih ingat dibenaknya “Kau tahu tak kalau kau menangis hari-hari pun masalah tak akan selesai? Baik kau guna akal yang Allah bagi untuk kau fikir jalan penyelesaian. And please stop crying! Jangan jadi budak kecik yang tak matang la!” Masih terbayang di minda setiap pesanan sehingga dia sendiri takut untuk membalas pesanan ringkas itu.

Menerawang sahaja pemikirannya sehingga dia tidak sedar pergerakannya sedang diperhati.  Agak suram dan sedikit sunyi di basement parking kereta. Tia mengeluh kerana agak jauh dan tersorok kereta yang di parking.

     "Hai sayang. You nak balik dah ke? Nanti la dulu. Malam masih muda sayang. Kita enjoy la dulu.” Dua orang lelaki yang separuh mabuk sejak tadi lagi memerhatikan Tia dan sudah tiba masa yang sesuai untuk mereka muncul dihadapan gadis itu.

     "Eh, jangan sentuh-sentuh boleh tak, saya nak lalu ni" Ya Allah selamatkan lah aku Ya Allah. Gusar hati Tia taktala memikirkan dirinya yang sedang dalam bahaya. Tu la dulu papa suruh belajar taekwondo tak mahu. Jual mahal. Sekarang baru la rasa nak menyesal tapi dah tak ada guna. Tia meronta agar di lepaskan. Pelbagai kata-kata rayuan diberikan minta dilepaskan.

 Orang mabuk memang tak ada belas kasihan mahupun bertolak ansur. Tia sudah menangis ketakutan. Terbayang wajah orang yang disayang melayari depan matanya. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Zikir penenang diri menjadi kekuatannya. Tetapi hampa. Dia semakin kelam dengan pandangannya namun Tia seakan melihat pergelutan seorang lelaki dengan salah seorang pemabuk itu.

Nasib baik polis cepat bertindak dan menangkap kedua-dua lelaki mabuk yang telah membuat onar.

Encik Zackrin membawa Atileya ke klinik berhampiran. Bimbang sekiranya sesuatu buruk akan berlaku. Mama dan papa Atileya bergegas ke klinik.

..............................................

Resah memikirkan perihal malam tadi. Naluri kelakiannya bergitu tercabar melihat Tia diperlakukan sedemikan. Mujur sahaja dia mengikut gerak hati untuk mengikut Tia ke tempat parking kereta. Luluh hatinya takala memandang Tia meronta mahu dilepaskan. Izan lantas mengkhabarkan kepada papanya, Encik Zackrin. Dengan segera Encik Zackrin memberitahu kepada rakan kongsinya Encik Nazrin semasa dia bergegas ke tempat yang diperkatakan Izan.

Dalam hati Izan cuba menenangkan jiwa sendiri dengan alunan zikir. Sejak berada di negara orang dia masih juga memegang prinsip zikir terapi diri yang sentiasa diingatkan oleh mamanya.

Selesai menunaikan solat subuh berjemaah, Encik Zackrin melabuhkan punggung di ruang tamu. Serentak dengan Izani. Manakala Puan Nana bergerak ke arah dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

“Pa, petang nanti kita pergi melawat anak kawan papa boleh?” Tanya Izani takut-takut.

“Elok juga tu. Mama kamu pun dah lama tak jumpa dengan mama Atileya tu. Lepas asar kita pergi melawat dia.” Ujar Encik Zackrin.

Izani mengangguk sebelum melangkah pergi ke arah dapur tetapi sempat dihalang oleh papanya.

“Papa nak tanya kamu sesuatu.”

Izani lambat-lambat mengangguk setuju. Dia tahu, apabila papanya telah berubah nada serius, itu bermakna memang ada sesuatu yang penting.

“Kamu ada apa-apa hubungan dengan Atileya? Kenapa semalam kamu beria-ria nak selamatkan diri sampai bertumbuk bagai?” Tanya Encik Zackrin tegas.

“Tanggungjawab. Sebab dia perempuan. So sebagai lelaki Iz rasa Iz should help her.” Jawab Izani.

“Papa pernah muda Iz. Jangan tipu papa. Dari mata kamu papa tahu, kamu sayang dia kan? Tell me everything.”

Izani mula takut-takut. Tapi akhirnya dia bercerita segalanya kepada papanya. Puan Nana hanya mendengar dari jauh. Malas mahu masuk campur urusan dua beranak itu.

“Papa suka Iz terus terang dengan papa. In shaAllah papa akan tolong kamu. Dah jangan risau. Petang nanti kita jumpa Atileya kamu tu.” Usik Encik Zackrin. Izani hanya tersengih menampakan barisan giginya yang teratur kemas itu.


..................................