4 tahun dahulu, Royal Botanic Garden,
Melbourne.
Happy Birthday to you, Happy Birthday to Tia, Happy Birthday to you!!
Sambutan yang agak mengejutkan dari buah hati dan rakan-rakan cukup membuat
dia terharu. Patut la beria sangat Iz ajak datang Royal Botanic Garden. Rupanya ada surprise dekat tempat first they met.
“Happy Birthday my
beautiful angle, just for you sayang ” ujar
Izani.
“ Ya Allah Iz u so sweet dear. Thanks you so much. I feel so speechless
sayang.” Nur Haneea Atileya menyeka airmatanya.
Sejak pertama kali jumpa Iz di Royal Botanic Garden menbuatkan Tia pergi ke sana tiap-tiap minggu semata-mata ingin mencuci
mata.
Dua tiga kali dia terlihat kelibat Iz atau nama
penuhnya, Ahmad Hareez Izani. Setiap kali pergi pasti ada Iz. Setiap kali Iz
pergi pasti ada Tia. Iz yang tengah duduk sambil pegang gitar sudah perasan
dengan Tia, dia juga membuat hal yang sama untuk datang ke Royal
Botanic Garden semata-mata ingin mencuci mata memandang Tia. Tidak
berani lagi untuk meluahkan rasa mahupun untuk bertegur sapa.
Tia sendiri tertarik dengan cara Iz memujuk seorang kanak-kanak perempuan
yang jatuh di hadapanya agar berhenti
menangis. Menyanyikan lagu untuk si kecik itu betul-betul menyentuh hati kecilnya.
But one day, setelah pertemuan Izan dengan seorang perempuan yang mesra
siap bertepuk tampar telah disaksikan oleh Tia. Tidak sangka orang yang dia
menaruh hati dan perasaan sudah berpunya.
Tia mula berjauhan hati. Tidak berani unuk mendekati malah hasrat untuk
menegur terus dibatalkan
Tidak mahu dikatakan seperti perigi mencari timba.
Sehingga satu hari Izan sendiri yang menyapa Tia semasa terserempak di
kolej dan bermanis mulut. Dalam fikiran Tia mungkin dia orang dah tak ada
apa-apa. Sejak itu juga dia kian rapat dengan Iz. Sambutan hari jadi juga disambut
bersama.
............................................................................
“Nur Haneea Atileya!! Cepat sayang, dah lewat ni Tia. Nanti ramai pulak
pelanggan ma yang tunggu" Seperti biasa telah menjadi rutin harian Puan Aida
menjerit dari ruang makan untuk memanggil Tia, anak kesayangannya. Hal
maklumlah walaupun umur Tia hampir 25 tahun, hanya dialah satu-satunya anak
tunggal Puan Aida dan Encik Nazrin. Tidak hairanlah kalau Tia ini terlampau
manja dengan mama dan papanya.
"ya ma, sekejap la. Tia nak turun la ni" Segala kenangan
menyambut hari jadinya berterabur hilang tidak tahu kemana saat mendengar
teriakan dari mamanya, Puan Aida.
Gelang kaki milik anak kesayangan Puan Aida mula kedengaran menuju ke arah
meja makan. Dengan memakai jamtangan rose gold Michael Kors pemberian Encik Nazrin dan penampilan dress labuh berwarna dark brown, cardigan bewarna putih dan wide shawl dark brown akan membuatkan sesiapa yang
terpandang akan terpegun dengan kecantikan anak gadisnya. Walaupun tanpa
secalik make-up dia sudah menunjukkan penampilan begitu tertarik untuk setiap
mata memandang. Sudah berkali-kali orang masuk meminang. Tapi apa yang dijawab
Tia “tak bersedia
lagi”. Kempunan la mama
dan papanya untuk menimang cucu awal. Dengan perlahan anak kesayangan Puan Aida
menuju ke meja dengan senyuman yang mengada.
"Moning pa , moning ma. Sorry Tia lambat. Jalan jem." Beritahu
Tia selamba lalu mencium pipi Puan Aida dan Encik Nazrin.
Encik Nazrin melihat telatah anak kesayangannya dengan senyuman terukir di
bibir.
"Tia, hari ni nak guna kereta papa tak pergi hantar mama?” Persoalan
yang jarang ditujukan membuat Tia
mula tersenyum sorang diri persis kerang busuk. Hampir
tersembur air yang diminum.
"Apa pa? Tia silap dengar ya? Yela, papa biasa kedekut bila Tia nak
pinjam kereta. Mesti papa bagi alasan tu la, alasan ni la. Tayar pancitlah,
tayar kereta hilang la, kereta meletup la, kereta semput la” Sambil tersenyum
Tia memperkenalkan papanya seorang yang kedekut dan terus bangun menyalam
tangan Encik Nazrin sebelum papanya itu mengubah fikiran.
"Ooow, cakap pa kedekut ya. Ok tak payah guna, Tia pergi hantar ma dengan
motor dekat luar tu je. Kereta mama rosakkan? Tak payah bawak kereta pa.”
Sengaja Encik Nazrin berpura-pura merajuk.
Tia yang sudah tarik muka mula menjuihkan bibirnya keluar.
“Tia tak kisah, Tia nak pakai jugak” Sambil mengenyetkan sebelah matanya kepada
Encik Nazrin.
Beberapa minit selepas memanaskan enjin kereta , Tia mula meluncur keluar
dari perkarangan rumah untuk menghantar Puan Aida ke butik pengantin. Selepas
itu tiada lagi kedengaran bunyi kereta audi r8 milik Encik Nazrin di
perkarangan rumah .
..........................................................................
Petang yang tenang itu hampir merimaskan Izan dengan perangai gedik milik
Dariza yang meluahkan perasaan dengan memaki hamun segala bagai. Izan memang
tak minat orang jenis yang memaki hamun ni. Kalau Puan Nana tahu harus kena
marah habis-habisan.
"Abang! Please la, tolong la
focus apa yang Iza kata ni boleh tak? Dah la esok Iza nak balik London. Bila
lagi Iza nak spent time dengan abang ni." Dariza mengoncang tubuh milik Izani.
Izan yang malas melayan mahu tak mahu sahaja memberi perhatian dengan apa
yang dikatakan oleh Dariza. Tidak sampai 5 minit Izan memberi perhatian apa
yang dikatakan. Dia lebih tertarik untuk menikmati Mango Cheese Cake di Kula
Cakes. Sesekali matanya meliar melihat orang-orang yang berada di situ. Izan mula memandang seseorang yang
sangat dikenalinya. Bulat mata Izan memandang kuat lagi jantung hatinya
berdegup kencang.
Dariza yang berasa sakit hati mula meninggi kan suara. Sakit hati apabila
tidak dilayan dan bertambah sakit apabila Izan tidak mempedulikannya.
.................................................................................
"Tia kau ni kenapa ? Nampak macam tak selesa je? Kalau tak selesa
boleh tukar seat lain”
Mira pula yang tidak tenteram dengan perangai sepupunya yang tiba-tiba
gelisah. Tadi dialah yang beria-ria mengidam nak makan dekat Kula Cakes nya.
Dulu cakap diet tapi sekarang entah kemana dietnya.
“Aku rasa macam ada orang pandang aku la, cuba tengok pakcik sebelah kanan
tu. Tua la, dah la berkedut, tak ada gigi pulak tu”
Mira mula menoleh ke kanan. Hampir tersembur air yang sedang diminum.” Tia
tu mamat tu beb. Gila la. Lelaki hot stuff blog tu. Ya Allah handsomenya. Cair
dah aku, cair dah aku”. Mira mengipas-ngipas tangannya.
“Sini kau, aku cubit. Geram aku dengan kau ni. Kau nampak tak lelaki tua
sebelah tu. Yang aku maksud kan lelaki tua tu. Bukan lelaki tu. Kau ni dah kenapa? Lelaki macam tu kau
minat? Esh kau ni…” Tia sendiri terkejut dengan kehadiran lelaki yang tidak
diduga itu.
“Beb sikit punya handsome budak hot tu kau cakap tak minat? Dah la kaya,
anak CEO terkemuka, belajar luar negara, Tia aku tahu semua la pasal budak tu,
bagi je apa-apa soalan mesti aku boleh bagi jawapan dengan tepat. Score A la
orang akan cakap…” Mira pula yang geram apabila lelaki yang dia minat dikutuk
oleh rakan baiknya.
“Open your eyes dear! Please la, don’t
judge a people by its face ok? I know him”. Namun kata-kata itu hanya
diluahkan di hati.
Sudah lama Tia mengenali lelaki yang digilakan oleh Mira.Hampir empat tahun
mereka tak berjumpa selepas Tia mengambil keputusan untuk berhenti berharap dan
stalker semua perkara berkenaan lelaki tadi. Jodoh menemukan mereka disitu. Dia
tidak silap lagi lelaki yang dikejar-kejar gadis diserata tempat termasuk
rakannya sendiri itu adalah dia. Tak mampu untuk Tia menyebut namanya. Biarlah
pandangan dan doa jarak jauh yang mengubat rindu yang telah lama terpendam.
Memang dia rindu kepada seraut wajah
yang sudah lama tidak ditatap. Dia sendiri terkejut dengan kehadiran lelaki itu
bersama perempuan yang cukup dikenali wajahya.
Tia mula menapak masuk ke dalam kereta. Dia malas untuk memandu. Padangan
hanya dihalakan keluar. Masih terkejut dengan adegan yang dilihat.
Lelaki itu masih bersama dengan gadis yang dilihatnya di rumah lelaki itu
semasa belajar di Melbourne. Tidak mungkin dia dapat lupakan bagaimana hancur
hatinya taklata melihat lelaki yang dicintai duduk sebumbung dengan gadis yang
tidak cukup pakaian. Malah siap bercium pipi bagai.
.........................................
No comments:
Post a Comment