Friday 26 June 2015

Pemenang First Contest My Hijab My Priority (I)

Alhamdulillah kita dah ada pemenang
Sebelum tahu pemenang tu,

Ain nak ucapkan TAHNIAH buat yang menang,
tapi untuk tak menang tu jangan sedih, kita ada buat gift jugak.

Siapa yang nak sampul raya yang cantik comel2 dari hq miracle refreshing scent?
Boleh emil ain ASAP before pukul 12 malam ni ya. 
Sebab last submit untuk nama, alamat, no fon bagi pengeposan tu 28 jun 2015
Jadi kena sumbit dengan ain cepat2 laju2 ya.

Sebagai salah satu penghargaan dan salam perkenaan Miracle Refreshing Scent (MRS) untuk mereka yang menyertai contest




Tempat Pertama

Tempat Kedua

Tempat Ketiga

 peserta mahupun rakan2 blog ataupun sesiapa yang berminat boleh emil ain
untuk dapatkan sampul raya dari
 hq Miracle Refreshing Scent

kepada pemenang contest boleh beri details peribadi untuk hadiah
(Masa diberi selama 3 hari)
jika tiada, random akan dibuat untuk peserta yang lain

ainsyaahidah@yahoo.com




Thursday 25 June 2015

Contest My Hijab My Priority (End)


Alhamdulillah. Dengan izin Allah saya Nurul Ain owner ainsyaa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat yang sentiasa support Ain'syaa.

Disini ain ingin mengumumkan bahawa contest My Hijab My Priority  telah berada digarisan penamat. Salam ukhwah fillah sahabat.
Semoga perkenalan kita tidak akan terputus dipertengahan jalan. Ada rezeki kita berjumpa di masa akan datang. In ShaAllah

Sahabat,

 teruskan istiqamah buat dirimu yang sedang berhijab mahupun telah memasang niat untuk berhijrah untuk kearah kebaikan. Dibulan Ramadhan yang dicintai dan dihormati, saya yang serba kekurangan ingin memohon maaf jika tersilap langkah dalam mengaturkan sebuah pertalian persahabatan.
Semoga kita semua dibawah perlindunganNya. Aamin

Mata dah kuyu dah ni. Kejap lagi nak bagun awal. Jangan lupa niat puasaya semua

Ain'syaa akan senaraikan nama sahabat yang telah ikut serta contest. Walaupun tidak ramai. Tapi alhamdulillah berkat sokongan sahabat semua. Terima kasih. Bawah ni ada nama yang telah menyertai contest. Kalau ada lagi yang terlepas pandang untuk nama tu boleh tinggalkan comment ya.

Pemenang Ain akan update pada hari esok.

 HOW YOU LOOK IN A HIJAB?
my answer,
YAALLAH, U LOOK SO BEAUTIFUL! 


1) Hani Fadhlina
2) Nur Zafirah
3) Syazwana mohamad
4) Nor nazliana
5) Puteri wanita
6) Ms. kejupenyet
7) Fadzi razak
8) Nona qiyah
9) Farah adila
10) Liyana leda
11) Zirwatul hanan
12) AinAthirah Anuar
13) Rayzoro
14) Wardah aneesa




Laila Saidah
(Selamat Malam)







Sunday 21 June 2015

Hati Inginkan Sesuatu

Hati kadang-kadang rapuh
Hati kadang-kadang tidak kuat
Hati kadang-kadang hilang entah kemana
Hati kadang-kadang tercari-cari apa yang ingin diperolehi


Aku kadang-kadang terkapai kapai tangan ke udara.
Aku kadang-kadang lemah di tiup angin
Aku kadang-kadang lemas dibawa air yang deras
Aku kadang-kadang menjadi tersesak di tengah perjalan waktu


Apa yang aku mahu? Apa yang aku ingin capai?

Sahabat. Ingat la sesama kita, kesempurnaan didalam diri tidak akan pernah lengkap. Kemewahan didalam diri tidak akan pernah cukup.


Berbalik la pada asal, Dibulan Ramadhan yang penuh kekuatan ini, kecapi la apa yang kita tidak pernah kecapi.


Carilah apa yang perlu dicari.
Hati perlu dirawat



Berlari la jika ingin mengejar sesuatu yang perlu dikejar iaitu iman dan hidayah.

Bukan hanya sekadar nama. Tetapi ia adalah satu nama yang perlu ada didalam diri agar tidak terus rapuh dan hanyut

Friday 12 June 2015

Ramadhan

Ya Ramadhan. Kau menjelma tiba.
Tak pernah aku lupakan setitik nama mu Ya Ramdhan.
Kau hadir dengan kegembiraan & ketidak sabaran dalam diri aku.
Tetapi kau pergi dengan tangisan air mata ku yang aku bermohon agar kau tidak pergi meninggalkan aku.


Semoga kali ini ramadhan yang penuh bermakna buat kita semua.
Agar ramdhan kali ni, kita akan memperoleh sesuatu yang begitu indah buat kita semua.

Semoga kita semua sentiasa dibawah perlindunganMu Ya Rab

Salam sayang ain'syaa buat semua.
Memohon maaf atas kesilapan yang pernah dilakukan tak kiralah sengaja mahupun tidak. 
Saya hanya insan biasa yang tidak kurangnya sentiasa membuat kesilapan.
Ampun dan maaf dipinta

Tuesday 9 June 2015

Solat

Mulut kata redha, hati kata pasrah.

Tapi, selepas apa yang diperoleh apa yang kau rasa?

Disebelah kiri berbisik, “Putus asa je la, kau bodoh, tak pandai, lembap pulak tu, pergi la enjoy dengan dunia, ni je masa yang ada. Tengok la keputusan yang keluar, tak membanggakan langsung” 
Sebelah kanan berbisik, “Pergi la solat, Allah maha mendengar dan maha penyayang. Tenangkan hati, tenankan fikiran, berbicara la dengan Allah”

Azan berkemundang, tangan ligat menulis, mulut ligat menghafal. Solat la dulu, Allah sentiasa dekat dengan kita. "Ermm jap lagi la, sikit je lagi nak hafal ni. Banyak lagi masa, baru pukul 1.30"

Sedar tak sedar, asyik melayan perasaan dan termenung dengan apa yang diperoleh, termenung dengan keputusan yang dicapai, termenung saat belajar beberapa tahun yang lepas, waktu zohor mula mahu menutup tirainya. 

Sibuk melayan perasaan dan minda pula lupa tentang tanggungjawab yang 1. Tanggungjawab yang wajib dipikul oleh setiap umat Islam.

Telinga kanan tiba-tiba terngiang seperti ada seseorang berbisik dari tepi. “Wahai Atileya Binti Amir, solatlah kamu sebelum kau disolatkan, bagaimana Allah S.W.T hendak makbulkan doaMu sedangkan suruhanNya sentiasa kau lewatkan. 
Sentiasa kau pandang rendah apa yang ringan tetapi berat timbanganNya diakhirat kelak.

SubhanaAllah, punggung yang melekat diatas tilam empuk. Terus bingkas bagun, Bingkas bagun untuk menghadap Ilahi.

Hanya sekadar tulisan & renungan bersama.

‘Wahai sahabat jangan la kau bersedih mahupun berduga dengan apa yang diperoleh, 
Bahkan teruskan usaha. Mungkin itu rezeki buat kau. Jadikan ia satu titik tolak untuk terus bagun dari kesilapan yang lalu.
Jadikan ia 1 tempat untuk kau melonjakkan diri. Allah S.W.T sentiasa ada. Dekatkanla diri mu dengan Allah S.W.T.

Pesanan ringkas buat diri sendiri juga


Pegang la pada 1 wahai sahabatku, 

“Orang yang Solat, Adalah Orang yang Berjaya”

Janji Allah itu pasti !!

Monday 8 June 2015

Kalimah Syahadah

Hari ini aku mendengar kalimah bisikan syahadah. “La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah




Lidah aku lembut mengikuti setiap rentak kalimah yang indah. 
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”

YaZaljalali walikrom , Wahai Tuhan yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.

Hari ini aku menyebut dan mengingatiMu.
Hari ini aku sujud menghadapMu. 
Aku kian takut dengan dunia yang semakin kelam. Aku kian takut dengan dunia yang kian rapuh dek dosa manusia. 

Aku juga manusia yang tidak sempurna, yang tidak lari dari dosa. Aku bermohon, tetapkan la diriku. Berilah kepada ku hamba yang mencintaiMu yang mampu membawaku ke syurgaMu bersama ahli keluargaKu. 
Tetapkanlah imanKu. Tetapkanlah hatiKu.

Hari ini aku menjadi seorang muslimah. Aku mula berhijrah, walaupun Nampak buruk, walaupun nampak cacat dipandangan manusia, tetapi aku bermohon agar Allah S.W.T sentiasa mendengar segala rintihan dan permohonanku dan juga pintu taubat buatKu.


Aku mengatur langkah, dengan bayang-bayang. 
Bumi yang sentiasa setia menemaniKu mengejar cintaMu yang Esa. Mengejar keampunan dariMu yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Wednesday 3 June 2015

Tenang la Duhai Hati

Kenapa aku dilahirkan ke dunia?

Aku duduk diam memerhatikan langit yang ditemani sang bulan dan bintang. “Kau adalah anugerah buat mama & babah kau” Terpacul satu suara yang entah datang dari mana, mungkin dari hati kecil ni, ia juga mampu berkata2 serentak dengan pemikiran ku yang sedang ligat berfikir.

Aku tak mampu nak hadapi dunia jika mereka dah tak ada. Tiba2 terfikir soal mati.

Pernah digagahkan hati selepas 20 tahun hidup didunia, semasa membesar ke alam remaja, ke alam dewasa dan seterusnya  hidup didunia dengan dilimpahkan kesengan hidup, ego seorang itu sangat kuat. Demi mama yang  membesarkan aku, demi mama yang sentiasa faham kerenah aku, mustahil aku tak pernah buat salah dengan dia. Hati terasa sesuatu yang lebih kepada “hati tidak tenang” kenapa tidak tenang?

Aku pernah dengar dalam ceramah, kalau hati tidak tenang, mesti kita ada buat silap dengan ibu bapa, buat silap dengan orang sekeliling, kita ada masalah dalam hubungan dengan Sang Pencipta.

Tak kiralah silap yang sudah lama, atau silap yang baru dilakukan. Sambil urut2 bahu ma, hati kecil tetap mahu betanya. “Ma, selama akak hidup ini akak ada buat silap tak dengan ma lebih senang dikata, akak ada buat ma terasa?” Dalam hati hanya Allah sahaja  yang tahu bagaimana ianya rancak berdegup dengan kencang. Tak percaya? Cuba Tanya diri? Mampu ke nak ucap kalimah maaf? Ada yang mampu ada yang tak, (dikecualikan hari raya) itu pun ada yang malu2 nak peluk sambil minta maaf. Itu pun hanya ucap sambil lewa. Sedangkan ada yang nak ucap “i love you” pun segan. Nak ucap saya sayang ma”pun segan. Apatah lagi mahu mengaku kesilapan yang pernah dilakukan.

Sepontan ma jawab,”seorang ibu seorang mama seorang mak selayaknya memaafkan setiap kesalahan anak, memafkan itu adalah satu kemestian”. Sebak bila mendengar jawapan yang terpacul keluar dari mulut ma. “Tak tersimpan sikit pun dalam hati ma, tak tersimpan sikit pun pendam rasa dalam hati kecil ni” seorang ibu meluahkan perasaan, mungkin tak sangka soalan itu yang akan aku tanya dan aku juga tak sangka jawapan seperti itu yang ma akan jawab. 

Tanpa dipinta hati aku tenang, tenang dengan jawapan yang diberi. Tenang bagaikan ada yang memujuk lembut hati ni. Tenang bagaikan air yang sedang mengalir. Tenang bagaikan hujan yang mencurah membasahi bumi. Tenang bagaikan pelangi yang sedang mewarnai langit

Tak mampu nak ucap dengan kata2, mahu membalas jasa mereka ianya tidak setaraf dengan pengorbanan mereka selama ini.

YaAllah bersaksikan air mataku, aku berdoa agar ibubapa ku sentiasa dibawah rahmatMU, sentiasa dibawah perlindunganMU, sentiasa berada bersama orang yang beriman disisiMU.


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya, “Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”.  (Hadis Riwayat Hakim)



“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari)

Tuesday 2 June 2015

Motivasi diri "hijab"

Hijab? Ramai yang mendengar perkataan hijab. Ramai yang bertanya, wajibkah kami menutupkan kepala menggunakan hijab? Adakah wajib bagi kami melakukan sedemikian? Layak ke kamu nak tegur kami untuk berhijab? Diri sendiri tidak terurus, ada hati nak tegur?

Bermacam soalan yang terkeluar dari bibir segelintir wanita.

Dulu waktu sebelum berhijrah. Ma selalu pesan, “awak kena tutup aurat” “awak ni, pakai la baju labuh sikit tutup apa yang patut” “tutup sikit dada tu, labuhkan tudung” “pakai lengan panjang” Siapa yang dengar? Kadang2 aku buat dek je. Hati kecil ni buat keras buat tak tahu. Adakah masa tu aku tak terfikir walaupun sedikit hati seorang ibu macam mana? SubhanaAllah kalau dia berkecil hati apakah maksud yang tersirat? Pernahkah dia menitiskan air mata kerana perbuatan ku?Dimanakah terletaknya syurgaKU?

Lama kelamaan, bertahun-tahun selepas ditegur, berkat doa seorang ibu akhirnya termakbul jua. Kini aku sedar kejahilan aku, hati aku terubat dengan segala teguran. Hati aku terubat dengan motivasi dan alunan zikrullah. 
Permata jernih kian ligat mengeluarkan permatanya dari kelopak mata kerana setiap detik memikirkan kesilapan lalu. 

Tiada apa yang aku dapat jika tidak menutupi auratku. Tiada apa yang ku peroleh melainkan dosa & fitnah didunia. Bagaimanakah azab aku disana, Allahu. 

Berbaiki la diri sebelum terlambat, perbaiki la kesilapan yang terang lagi nyata. Jangan menjadi buta & mengejar dengan kecantikan duniawi. Biarla buruk dimata manusia, tetapi indah di mata sang Pencipta

Kini siapakah aku? 
Aku bukan yang alim, aku bukan la orang yang baik, aku bukanlah warak, TETAPI aku adalah aku, aku adalah seorang wanita yang ingin menutup aurat dengan sempurna, yang inginkan perubahan didalam hidup menjadi keselesaan untuk diri aku menutup segala-galanya. Indahnya berhijab, terlindung dari pandangan ajnabi yang mempunyai pelbagai tafsiran. Aku hanya wanita biasa yang sentiasa menginginkan doa & keberkatan didalam hidup.

Persoalan hijab terjawab: 

ayat 59 surah Al-Ahzab yang berbunyi: ”Wahai Nabi! Katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin,”Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak di ganggu.

(Surah An Nur Ayat 31)

"Jom sama2 kita melakukan perubahan, walaupun kecik dimata manusia, tetapi begitu bermakna buat "diri kita"