Mulut kata redha, hati kata pasrah.
Tapi, selepas apa yang diperoleh apa yang kau rasa?
Disebelah kiri berbisik, “Putus asa je la, kau bodoh, tak
pandai, lembap pulak tu, pergi la enjoy dengan dunia, ni je masa yang ada. Tengok la keputusan yang keluar, tak membanggakan langsung”
Sebelah kanan berbisik, “Pergi la solat, Allah maha mendengar dan maha penyayang.
Tenangkan hati, tenankan fikiran, berbicara la dengan Allah”
Azan berkemundang, tangan ligat menulis, mulut ligat
menghafal. Solat la dulu, Allah sentiasa dekat dengan kita. "Ermm jap lagi la,
sikit je lagi nak hafal ni. Banyak lagi masa, baru pukul 1.30"
Sedar tak sedar, asyik melayan perasaan dan termenung dengan
apa yang diperoleh, termenung dengan keputusan yang dicapai, termenung saat belajar beberapa tahun yang lepas, waktu zohor mula mahu menutup tirainya.
Sibuk
melayan perasaan dan minda pula lupa tentang tanggungjawab yang 1. Tanggungjawab
yang wajib dipikul oleh setiap umat Islam.
Telinga kanan tiba-tiba terngiang seperti ada seseorang
berbisik dari tepi. “Wahai Atileya Binti Amir, solatlah kamu sebelum kau disolatkan, bagaimana Allah S.W.T hendak
makbulkan doaMu sedangkan suruhanNya sentiasa kau lewatkan.
Sentiasa kau
pandang rendah apa yang ringan tetapi berat timbanganNya diakhirat kelak.
SubhanaAllah, punggung yang melekat diatas tilam empuk.
Terus bingkas bagun, Bingkas bagun untuk menghadap Ilahi.
Hanya sekadar tulisan & renungan bersama.
‘Wahai sahabat jangan la kau bersedih mahupun berduga dengan apa
yang diperoleh,
Bahkan teruskan usaha. Mungkin itu rezeki buat kau. Jadikan ia
satu titik tolak untuk terus bagun dari kesilapan yang lalu.
Jadikan ia 1 tempat untuk kau melonjakkan diri. Allah S.W.T
sentiasa ada. Dekatkanla diri mu dengan Allah S.W.T.
Pegang la pada 1 wahai sahabatku,
“Orang yang Solat, Adalah
Orang yang Berjaya”
Janji Allah itu pasti !!
No comments:
Post a Comment