Hati kadang-kadang rapuh
Hati kadang-kadang tidak kuat
Hati kadang-kadang hilang entah kemana
Hati kadang-kadang tercari-cari apa yang ingin diperolehi
Aku kadang-kadang terkapai kapai tangan ke udara.
Aku kadang-kadang lemah di tiup angin
Aku kadang-kadang lemas dibawa air yang deras
Aku kadang-kadang menjadi tersesak di tengah perjalan waktu
Apa yang aku mahu? Apa yang aku ingin capai?
Sahabat. Ingat la sesama kita, kesempurnaan didalam diri tidak
akan pernah lengkap. Kemewahan didalam diri tidak akan pernah cukup.
Berbalik la pada asal, Dibulan Ramadhan yang penuh kekuatan
ini, kecapi la apa yang kita tidak pernah kecapi.
Carilah apa yang perlu dicari.
Hati perlu dirawat
Berlari la jika ingin mengejar sesuatu yang perlu dikejar
iaitu iman dan hidayah.
Bukan hanya sekadar nama. Tetapi ia adalah satu nama yang
perlu ada didalam diri agar tidak terus rapuh dan hanyut
No comments:
Post a Comment