Tuesday, 2 June 2015

Motivasi diri "hijab"

Hijab? Ramai yang mendengar perkataan hijab. Ramai yang bertanya, wajibkah kami menutupkan kepala menggunakan hijab? Adakah wajib bagi kami melakukan sedemikian? Layak ke kamu nak tegur kami untuk berhijab? Diri sendiri tidak terurus, ada hati nak tegur?

Bermacam soalan yang terkeluar dari bibir segelintir wanita.

Dulu waktu sebelum berhijrah. Ma selalu pesan, “awak kena tutup aurat” “awak ni, pakai la baju labuh sikit tutup apa yang patut” “tutup sikit dada tu, labuhkan tudung” “pakai lengan panjang” Siapa yang dengar? Kadang2 aku buat dek je. Hati kecil ni buat keras buat tak tahu. Adakah masa tu aku tak terfikir walaupun sedikit hati seorang ibu macam mana? SubhanaAllah kalau dia berkecil hati apakah maksud yang tersirat? Pernahkah dia menitiskan air mata kerana perbuatan ku?Dimanakah terletaknya syurgaKU?

Lama kelamaan, bertahun-tahun selepas ditegur, berkat doa seorang ibu akhirnya termakbul jua. Kini aku sedar kejahilan aku, hati aku terubat dengan segala teguran. Hati aku terubat dengan motivasi dan alunan zikrullah. 
Permata jernih kian ligat mengeluarkan permatanya dari kelopak mata kerana setiap detik memikirkan kesilapan lalu. 

Tiada apa yang aku dapat jika tidak menutupi auratku. Tiada apa yang ku peroleh melainkan dosa & fitnah didunia. Bagaimanakah azab aku disana, Allahu. 

Berbaiki la diri sebelum terlambat, perbaiki la kesilapan yang terang lagi nyata. Jangan menjadi buta & mengejar dengan kecantikan duniawi. Biarla buruk dimata manusia, tetapi indah di mata sang Pencipta

Kini siapakah aku? 
Aku bukan yang alim, aku bukan la orang yang baik, aku bukanlah warak, TETAPI aku adalah aku, aku adalah seorang wanita yang ingin menutup aurat dengan sempurna, yang inginkan perubahan didalam hidup menjadi keselesaan untuk diri aku menutup segala-galanya. Indahnya berhijab, terlindung dari pandangan ajnabi yang mempunyai pelbagai tafsiran. Aku hanya wanita biasa yang sentiasa menginginkan doa & keberkatan didalam hidup.

Persoalan hijab terjawab: 

ayat 59 surah Al-Ahzab yang berbunyi: ”Wahai Nabi! Katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin,”Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak di ganggu.

(Surah An Nur Ayat 31)

"Jom sama2 kita melakukan perubahan, walaupun kecik dimata manusia, tetapi begitu bermakna buat "diri kita" 



No comments:

Post a Comment