Thursday 25 December 2014

La Tahzan

Assalamualaikum.

Salam Ukuhwa Fillah

Hari ni letih buat assignment, as a student normal la tu. As we know, assignment just like our soul that cannot be separate. Huhu

 Nak habis dah penghujung 2014. YaAllah sekejap sangat rasa. Rasa tak puas je untuk tahun ni.
Boleh la pasang niat atau azam baru untuk 2015. 

Yawww! Azam tahun 2014 dah tercapai ke? Kalau yang belum boleh la perbaiki untuk 2015, dalam masa yang sama boleh pasang niat yang baru yang lebih baik dari tahun-tahun lepas.

 In ShaaAllah. Semoga ALLAH sentiasa memberkati apa yang dilaksanakan oleh kita. Amin

Salam takziah kepada yang mengalami benca. Semoga kita semua sentiasa berada dibawah perlindunganNYA. Amin

kuatkan semangat. In ShaaAllah semua ni sekejap je. Sama-sama kita berdoa agar semua selamat dan dalam keadaan yang baik.


Mungkin ada hikmah yang berlaku  disetiap kejadian. Allah S.W.T Maha mengetahui segala-galanya. Dialah penentu untuk segala-galanya. Sentiasa la berdoa agar selamat dibawah perlindunganNYA. Amin. La Tahzan

Wednesday 24 December 2014

Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan


JOM SEBELUM TERLAMBAT



Bagi segmen ini 5 orang pemenang akan dipilih secara random dan mestilah menepati syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan. Hadiah merupakan topup prepaid tak kesahlah maxis/digi/celcom atau apa-apa yang dijual dikedai topup. 

Hadiah penyertaan:
1) RM30 x seorang
2) RM20 x seorang
3) RM10 x 3 orang

Keep in mind! >_<
Tempoh segmen berlangsung: 19 Dec 2014 - 19 Jan 2015
Tarikh pengumuman pemenang : 22 Jan 2015
Tarikh pembayaran hadiah : Selewat-lewatnya 3 hari selepas tarikh pengumuman.

sinar yang tersembunyi

On Day On Day On Day

Hari demi hari makin berlalu. Siapa la kita hanya insan biasa yang sentiasa melakukan silap. Manusia tidak sempurna,

 Mula berfikir YaAllah sampai bila aku perlu meyombongkan diri. Sampai bila aku perlu teruskan hidup sebegini rupa. Yallah berilah aku petunjuk. Berilah aku peluang untuk mendekati Mu.

Menangis diatas tikar sejadah adalah tempat yang paling tenang. Tempat yang sangat damai dan tidak terkata.

Mencuba sesuatu yang baru bukan mudah. Istiqamah diri. Yakin bahawa perjalan hidup telah diatur. Kita yang akan mencorakkan kehidupan.

Jangan pernah salahkan takdir. "ala takdir aku memang macam tu" äla memang tu la yang dah tertulis" "takdir dah macam ni, malas la dah nak usaha" "malas la nak berubah" Cuma kita sebagai manusia perlu sedar dan tahu. Dimana perlunya kita sebagai hambaNya untuk memilih jalan. Samaada jalan lurus atau bengkak bengkok.

Kita hanya merancang & Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya.
Tiada yang mustahil didalam kehidupan. "ïf miracle will happen"

Kali pertama berhijab labuh. YaAllah selesanya rasa.Terasa selamat dari pandangan. Terasa selamat untuk diri sendiri.

Walaupun ada yang cakap.
 “ustazah” , “dia pakai tudung labuh la”, “kenapa tiba-tiba pakai tudung labuh ni?” “awak ikut ma awak ya pakai tudung labuh?”  dan macam macam lagi.

 Ini la dinamakan cabaran didalam kehidupan.

Hati bergetar hebat dengan pelbagai tanggapan. Tetapi Allah ada. DIA tahu segala-galanya. Jangan dengar apa yang dicakap oleh orang lain. Teruskan berubah dan penghijrahan.
Betulkan niat. Lillahitaala. Berubah la kerna Allah S.W.T  bukan kerna manusia.


Jangan pernah takut untuk berubah kearah kebaikan. Jika itu yang terbaik teruskan.






Tuesday 23 December 2014

One Step Closer

Bismillahhirrahmanirrahim

;) senyuman terpatri dibibir.

Satu demi satu langkah didahulukan kedepan.

Lillahitaala. Hanya perkongsian buat semua.

 Mencari cinta Ilahi adalah salah satu kebahagiaan yang tidak terkata. Dekat kan diri denganNya membawa beribu makna buat diri kita.

Susah untuk seseorang maju kehadapan dengan kata istilah mudah difahami iaitu melakukan salah satu penghijrahan yang terbesar buat diri sendiri.

Mula-mula ain masuk matrik.

ain selalu dengar yang orang cakap. “ramai budak matrik berubah. Dari tak pakai tudung, dah pakai tudung. Dari tudung singkat ke tudung labuh” SubhanAllah. Alhamdulillah, hidayah buat yang berubah. Hidayah Allah yang perlu kita cari.

Sampai satu tahap, hati kecil ni tergerak sendiri. ‘ain bila lagi kau nak berubah? When your turn ain syaahidah?’ Tetapi sebelum masuk matrik, hati kecil ni jugak pernah berkata-kata. ‘ala kau tak akan berubah la ain, tak akan. Selekeh sangat bila pakai tudung labuh. Macam ustazah maybe’ Subhanallah jahil sangat rasa. Hidayah Allah sesiapa sahaja boleh dapat. Cuma kita je kena pandai cari. Dimana ia tersembunyi.

Allah sentiasa ada dengan kita. Cuma kita je lalai dan alpa dalam mengingati  DIA.

Dalam beberapa bulan, hati tersentuh untuk mencuba. “Nak pakai tudung labuh la hari ni” 

 Allah S.W.T tahu segala-galanya. Dia tahu apa niat kita. Apa yang kita buat. Apa yang kita sembunyi.

Step by step. One step closer