On Day On Day On Day
Hari demi hari makin berlalu. Siapa la kita hanya insan biasa yang sentiasa melakukan silap. Manusia tidak sempurna,
Mula berfikir YaAllah sampai
bila aku perlu meyombongkan diri. Sampai bila aku perlu teruskan hidup sebegini
rupa. Yallah berilah aku petunjuk. Berilah aku peluang untuk mendekati Mu.
Menangis diatas tikar sejadah adalah tempat yang paling
tenang. Tempat yang sangat damai dan tidak terkata.
Mencuba sesuatu yang baru bukan mudah. Istiqamah diri. Yakin
bahawa perjalan hidup telah diatur. Kita yang akan mencorakkan kehidupan.
Jangan pernah salahkan takdir. "ala takdir aku memang macam tu" äla memang tu la yang dah tertulis" "takdir dah macam ni, malas la dah nak usaha" "malas la nak berubah" Cuma kita sebagai manusia perlu sedar dan
tahu. Dimana perlunya kita sebagai hambaNya untuk memilih jalan. Samaada jalan
lurus atau bengkak bengkok.
Kita hanya merancang & Allah S.W.T yang menentukan
segala-galanya.
Tiada yang mustahil didalam kehidupan. "ïf miracle will happen"
Kali pertama berhijab labuh. YaAllah selesanya rasa.Terasa
selamat dari pandangan. Terasa selamat untuk diri sendiri.
Walaupun ada yang
cakap.
“ustazah” , “dia
pakai tudung labuh la”, “kenapa tiba-tiba pakai tudung labuh ni?” “awak ikut ma
awak ya pakai tudung labuh?” dan macam
macam lagi.
Ini la dinamakan cabaran didalam kehidupan.
Hati bergetar hebat dengan pelbagai tanggapan. Tetapi Allah
ada. DIA tahu segala-galanya. Jangan dengar apa yang dicakap oleh orang lain.
Teruskan berubah dan penghijrahan.
Betulkan niat. Lillahitaala. Berubah la kerna Allah
S.W.T bukan kerna manusia.
Jangan pernah takut untuk berubah kearah kebaikan. Jika itu
yang terbaik teruskan.
Salam, sujud paling suka :)
ReplyDelete@babypose waalaikummusalam. saat yang terasa paling tenang sangat :')
ReplyDelete