Wednesday 24 December 2014

sinar yang tersembunyi

On Day On Day On Day

Hari demi hari makin berlalu. Siapa la kita hanya insan biasa yang sentiasa melakukan silap. Manusia tidak sempurna,

 Mula berfikir YaAllah sampai bila aku perlu meyombongkan diri. Sampai bila aku perlu teruskan hidup sebegini rupa. Yallah berilah aku petunjuk. Berilah aku peluang untuk mendekati Mu.

Menangis diatas tikar sejadah adalah tempat yang paling tenang. Tempat yang sangat damai dan tidak terkata.

Mencuba sesuatu yang baru bukan mudah. Istiqamah diri. Yakin bahawa perjalan hidup telah diatur. Kita yang akan mencorakkan kehidupan.

Jangan pernah salahkan takdir. "ala takdir aku memang macam tu" äla memang tu la yang dah tertulis" "takdir dah macam ni, malas la dah nak usaha" "malas la nak berubah" Cuma kita sebagai manusia perlu sedar dan tahu. Dimana perlunya kita sebagai hambaNya untuk memilih jalan. Samaada jalan lurus atau bengkak bengkok.

Kita hanya merancang & Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya.
Tiada yang mustahil didalam kehidupan. "ïf miracle will happen"

Kali pertama berhijab labuh. YaAllah selesanya rasa.Terasa selamat dari pandangan. Terasa selamat untuk diri sendiri.

Walaupun ada yang cakap.
 “ustazah” , “dia pakai tudung labuh la”, “kenapa tiba-tiba pakai tudung labuh ni?” “awak ikut ma awak ya pakai tudung labuh?”  dan macam macam lagi.

 Ini la dinamakan cabaran didalam kehidupan.

Hati bergetar hebat dengan pelbagai tanggapan. Tetapi Allah ada. DIA tahu segala-galanya. Jangan dengar apa yang dicakap oleh orang lain. Teruskan berubah dan penghijrahan.
Betulkan niat. Lillahitaala. Berubah la kerna Allah S.W.T  bukan kerna manusia.


Jangan pernah takut untuk berubah kearah kebaikan. Jika itu yang terbaik teruskan.






2 comments:

  1. @babypose waalaikummusalam. saat yang terasa paling tenang sangat :')

    ReplyDelete