Tuesday, 23 December 2014

One Step Closer

Bismillahhirrahmanirrahim

;) senyuman terpatri dibibir.

Satu demi satu langkah didahulukan kedepan.

Lillahitaala. Hanya perkongsian buat semua.

 Mencari cinta Ilahi adalah salah satu kebahagiaan yang tidak terkata. Dekat kan diri denganNya membawa beribu makna buat diri kita.

Susah untuk seseorang maju kehadapan dengan kata istilah mudah difahami iaitu melakukan salah satu penghijrahan yang terbesar buat diri sendiri.

Mula-mula ain masuk matrik.

ain selalu dengar yang orang cakap. “ramai budak matrik berubah. Dari tak pakai tudung, dah pakai tudung. Dari tudung singkat ke tudung labuh” SubhanAllah. Alhamdulillah, hidayah buat yang berubah. Hidayah Allah yang perlu kita cari.

Sampai satu tahap, hati kecil ni tergerak sendiri. ‘ain bila lagi kau nak berubah? When your turn ain syaahidah?’ Tetapi sebelum masuk matrik, hati kecil ni jugak pernah berkata-kata. ‘ala kau tak akan berubah la ain, tak akan. Selekeh sangat bila pakai tudung labuh. Macam ustazah maybe’ Subhanallah jahil sangat rasa. Hidayah Allah sesiapa sahaja boleh dapat. Cuma kita je kena pandai cari. Dimana ia tersembunyi.

Allah sentiasa ada dengan kita. Cuma kita je lalai dan alpa dalam mengingati  DIA.

Dalam beberapa bulan, hati tersentuh untuk mencuba. “Nak pakai tudung labuh la hari ni” 

 Allah S.W.T tahu segala-galanya. Dia tahu apa niat kita. Apa yang kita buat. Apa yang kita sembunyi.

Step by step. One step closer



No comments:

Post a Comment