Kenapa aku
dilahirkan ke dunia?
Aku duduk diam
memerhatikan langit yang ditemani sang bulan dan bintang. “Kau adalah anugerah
buat mama & babah kau” Terpacul satu suara yang entah datang dari mana,
mungkin dari hati kecil ni, ia juga mampu berkata2 serentak dengan pemikiran ku
yang sedang ligat berfikir.
Aku tak mampu nak
hadapi dunia jika mereka dah tak ada. Tiba2 terfikir soal mati.
Pernah digagahkan
hati selepas 20 tahun hidup didunia, semasa membesar ke alam remaja, ke alam
dewasa dan seterusnya hidup didunia dengan dilimpahkan kesengan hidup, ego seorang itu sangat kuat. Demi mama yang membesarkan aku, demi mama yang sentiasa
faham kerenah aku, mustahil aku tak pernah buat salah dengan dia. Hati terasa sesuatu yang
lebih kepada “hati tidak tenang” kenapa tidak tenang?
Aku pernah dengar
dalam ceramah, kalau hati tidak tenang, mesti kita ada buat silap dengan ibu
bapa, buat silap dengan orang sekeliling, kita ada masalah dalam hubungan
dengan Sang Pencipta.
Tak kiralah silap
yang sudah lama, atau silap yang baru dilakukan. Sambil urut2 bahu ma, hati
kecil tetap mahu betanya. “Ma, selama akak hidup ini akak ada buat silap tak
dengan ma lebih senang dikata, akak ada buat ma terasa?” Dalam hati hanya Allah
sahaja yang tahu bagaimana ianya rancak
berdegup dengan kencang. Tak percaya? Cuba Tanya diri? Mampu ke nak ucap
kalimah maaf? Ada yang mampu ada yang tak, (dikecualikan hari raya) itu pun ada
yang malu2 nak peluk sambil minta maaf. Itu pun hanya ucap sambil lewa. Sedangkan ada yang nak ucap “i love you” pun
segan. Nak ucap saya sayang ma”pun segan. Apatah lagi mahu mengaku kesilapan
yang pernah dilakukan.
Sepontan ma
jawab,”seorang ibu seorang mama seorang mak selayaknya memaafkan setiap
kesalahan anak, memafkan itu adalah satu kemestian”. Sebak bila mendengar
jawapan yang terpacul keluar dari mulut ma. “Tak tersimpan sikit pun dalam hati
ma, tak tersimpan sikit pun pendam rasa dalam hati kecil ni” seorang ibu
meluahkan perasaan, mungkin tak sangka soalan itu yang akan aku tanya dan aku
juga tak sangka jawapan seperti itu yang ma akan jawab.
Tanpa dipinta hati aku tenang, tenang dengan jawapan yang diberi. Tenang bagaikan ada yang memujuk lembut hati ni. Tenang bagaikan air yang sedang mengalir. Tenang bagaikan hujan yang mencurah membasahi bumi. Tenang bagaikan pelangi yang sedang mewarnai langit
Tak mampu nak ucap
dengan kata2, mahu membalas jasa mereka ianya tidak setaraf dengan pengorbanan mereka
selama ini.
YaAllah
bersaksikan air mataku, aku berdoa agar ibubapa ku sentiasa dibawah rahmatMU,
sentiasa dibawah perlindunganMU, sentiasa berada bersama orang yang beriman
disisiMU.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya, “Redha Allah
bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka
kedua-dua ibu bapa”. (Hadis Riwayat Hakim)
“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya
gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”. (Hadis Riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment