Monday 8 June 2015

Kalimah Syahadah

Hari ini aku mendengar kalimah bisikan syahadah. “La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah




Lidah aku lembut mengikuti setiap rentak kalimah yang indah. 
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”

YaZaljalali walikrom , Wahai Tuhan yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.

Hari ini aku menyebut dan mengingatiMu.
Hari ini aku sujud menghadapMu. 
Aku kian takut dengan dunia yang semakin kelam. Aku kian takut dengan dunia yang kian rapuh dek dosa manusia. 

Aku juga manusia yang tidak sempurna, yang tidak lari dari dosa. Aku bermohon, tetapkan la diriku. Berilah kepada ku hamba yang mencintaiMu yang mampu membawaku ke syurgaMu bersama ahli keluargaKu. 
Tetapkanlah imanKu. Tetapkanlah hatiKu.

Hari ini aku menjadi seorang muslimah. Aku mula berhijrah, walaupun Nampak buruk, walaupun nampak cacat dipandangan manusia, tetapi aku bermohon agar Allah S.W.T sentiasa mendengar segala rintihan dan permohonanku dan juga pintu taubat buatKu.


Aku mengatur langkah, dengan bayang-bayang. 
Bumi yang sentiasa setia menemaniKu mengejar cintaMu yang Esa. Mengejar keampunan dariMu yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

No comments:

Post a Comment