Monday, 25 May 2015

Carilah Hidayah

Tiada lagi masa yang perlu kita tunggu untuk berubah. Bila lagi?  Mulakan langkah pertama dari sekarang. Allah itu Maha Mengampun dan Maha Mengasihani.

Adakah masa matahari terbit sebelah barat? Adakah kita mahu bertaubat semasa dajjal keluar?SubhanaAllah. Tak ada masa dah. Pintu taubat dah tertutup. Aku hanya insan biasa yang sentiasa juga mempunyai salah dan silap dan kisah silam hidup. Siapa lagi yang mahu mencorakkan iman dalam diri kalau kita sendiri tidak mencari.

Mulakan dengan solat sunat taubat. Mulakan dengan solat-solat sunat yang menambahkan iman dan bekalan disana.
Zikrullah. basahkan bibirmu dengan zikrullah. Sebut la nama Allah. Selawat la keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. 
Percayalah, berserah diri kepadaa Allah, mencari cinta Allah, kita akan dapat rasa kelainan yang sangat bermaknan dalam hidup.

HidayaH ! Nur ! Cahaya! Ianya ta akan keluar dan turun jatuh kemanusia. Tetapi kita perlu mencari dimana ia tersembunyi.

Pelangi yang hadir cukup indah, cukup mendamaikan mata yang memandang. Cantik terbentuk. Terukir kebesaran dan keagunganMu Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment