Wednesday 13 January 2016

Isu sos prego halal / haram

Tiba2 terasa untuk menulis berkenaan sos prego yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Dah lama rasanya isu sos Prego yang ada pork.


Ain tulis bukan untuk membangkang mahupun memboikot ataupun apa2 sahaja. Ini isu halal / haram sangat sensitif buat kita sebagai orang islam yang menitik beratkan isu pemakanan harian.


Tapi apa yang nak dikatakan, ain terfikir. Ma seorang yang alert dengan jenis pemakanan anak2 dia. Sebelum beli ma selalu tengok tanda halal dari jakim dan sebagainya. Sehingga ain sendiri terikut2 dengan cara pembelian untuk memastikan ianya halal untuk diberi makan kepada keluarga.

Dah berapa tahun untill now. Bila ain cakap "saya buat spaghetti guna sos prego masing2 pandang sama sendiri" ataupun bila ain bertanya, "korang buat spaghetti sedap2 ni macam mana? Campur apa?" Ramai yang guna sos kimball untuk buat spaghetti, sebab katanya, sos prego ni ada pork. Was2 nak guna. Alhamdulillah, jika rasa was2 terus tinggalkan.

Kimball pun sedap untuk buat spaghetti. kalau tak jumpa prego cari kimball. Tapi biasanya ain akan beli prego. Sebab dah terbiasa.

Tapi ain yang selalu guna prego tertanya betul ke tak halal? Betul ke ada Pork macam yang dikatakan ramai.

Sanggup berlari ke dapur ambik balik sos prego jar yang dah ada tepi tong sampah dan ain check balik 1 botol termasuk ingredient dia.

Alhamdulillah so far, ain tak jumpa lagi perkataan pork yang diragui oleh sesetengah pihak. 

Ingredient : tomato, gula, garam, minyak biji sesawi, bawang, bawang putih, herba, rempah (mengandungi gandum). Mengandungi pengawal asid sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan. Mengandungi bahan perisi yang dibenarkan (sumber gandum)

Dikilangkan Oleh : Campbell Cheong Chan (M) Sdn Bhd (343295 -T)
36, jLN pENCAHALLA, 46050 Petaling Jaya, Malaysia (Authorised user of Campbell's trade mark)
Product Buatan Malaysia 

Halal Jakim : MS1500 : 2009
1025-11/2004

Company : Campbell Cheong Chan (M) Sdn Bhd (343295 -T)
pemegang sijil halal sehingga 15/01/2018

Mungkin bagi yang kurang dan mahu check, boleh klik sini bagi semak status halal syarikat ni.

ROC (343295 -T)

Bagi ain, jika dengar desas desus macam ni, jangan hanya mengikut dengan kata2. Cuba mencari dulu. Mungkin tidak semua yang dinamakan "PREGO" itu mempunya pork. Sampai ramai yang takut untuk sentuh dan memandang seseorang kurang didikan jika menggunakan prego ynag dikatakan mempunyai pork.




Apa2 pun sebelum membeli check logo halal & check ingredient. In ShaAllah ianya membantu

Wallahuálam. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.




No comments:

Post a Comment