Tuesday, 12 January 2016

gone

Perasan tak sekarang banyak sangat dengar orang yang meninggal.

Orang jauh, orang dekat, jiran kita, saudara kita, semua pergi meningglkan dunia untuk melangkah  ke perjalanan yang seterusnya.

Bagaimana mereka disana, mereka hanya berbekalkan amalan didunia. Bagaimana dengan kita? adakah bersedia? adakah sudah cukup amalan kita? Adakah sudah cukup taubat yang dilakukan? Adakah cukup amalan baik kita untuk dibawa kesana? Allahu, saat yang membuat kita berfikir seketika. 

Kita tidak tahu bila sampainya ajal kita. Kita tidak tahu bila tibanya saat2 terakhir untuk kita benafas didunia ini. Semoga kita dikurniakan kematian yang baik sewaktu mulut, lidah sedang basah dengan zikir dan hati yang sedang dalam keadaan iman yang kuat.